|
|
| |
 |
|
| |
Inisiatif NDP menyentuh hati mangsa banjir |
|
|
| |
UKONG 08 MEI 2007: AHLI LEMBAGA PENASIHAT NDP, Awang Bajau bin Bundan meluahkan rasa terharunya dengan inisiatif yang di ambil oleh NDP dengan menghulurkan bantuan makanan kepada ahli-ahli parti di Mukim Ukong yang meghadapi masalah akibat banjir yang melanda di banyak kawasan di mukim tersebut.
"Selaku anak kampong di sini saya rasa terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti kepada kami yang mengalami sedikit kesusahan akibat banjir yang melanda di mukim kami sejak Khamis lagi", ujar Awang Bajau semasa penyampain derma bantuan kepada 2 orang Ketua Ranting di Mukim Ukong.
|
|
"Masalah banjir ini memang masalah biasa yang sudah kami lalui bertahun-tahun lamanya. Biasanya apabila banjir melanda kawasan kami, banyak jalan-jalan raya yang tidak dapat dilalui. Kita boleh bayangkan betapa susahnya penduduk kampong untuk menjalankan hidup seharian seperti biasa apabila jalan-jalan raya yang menghubungkan mereka ke dunia luar terputus. Ada yang samapi 3 minggu tidak dapat keluar dari kawasan mereka disebabkan jalan-jalan raya penghubung ditenggelami air", tambah Awang Bajau.
Katanya langkah yang diambil oleh NDP untuk menghantar bantuan kepada mereka yang mengalami masalah akibat banjir tersebut sangat bertepatan sekali.
|
|
"Walaupun bantuan yang diberikan kecil namun ianya sangat bermakna kepada kami kerana ia menunjukkan keperihatinan NDP terhadap kesejahteraan ahli-ahlinya yang sedang mengalami kepayahan hidup di sebabkan masalah banjir tersebut", tambahnya.
"Kasih sayang yang ditunjukkan oleh NDP sudah cukup besar maknanya kepada kami dan menguatkan lagi semangat setiakawan dan kesataun kita dalam NDP", ujar Awang Bajau yang diberikan penghormatan untuk menyampaikan bungkusan-bungkusan bantuan kepada ketua-ketua ranting NDP di Ukong yang diundang hadir ke rumah beliau di Ukong.
|
Sedang mengenalpasti nama-nama ahli-ahli NDP di Ukong yang memerlukan bantuan |
Pada hari Isnin, rombongan khas NDP dari Marksa Pusat dan Tutong yang di ketuai oleh Awang Maidin Momin, Timbalan Naib Presiden NDP Tutong, telah membuat satu operasi penghantaran bantuan makanan kepada ahli-ahli NDP di Mukim Ukong yang masih dapat dikunjungi menggunakan kenderaan darat.
Seramai 15 orang ahli termasuk jiran-jiran mereka telah menerima bantuan tersebut. Akan tetapi masih banyak lagi ahli-ahli yang belum menerima bantuan disebabkan jalan-jalan raya menuju ke kawasan mereka belum lagi dapat dilalui. Walau bagai manapun ketua-ketua ranting mereka yang sudah menerima derma bantuan tersebut akan berusaha mengagih-agihkan nya sesegera mungkin.
|
|
|
| |
 |
|
|
|
| |
|
|
|
|