Iltizam perlu ditanamkan bukan sekadar ditema-temakan

 
 
LIMBARUH HIJAU MACH 08, 2007: Menamakan semangat 'Iltizam' dalam diri individu memerlukan proses yang panjang. Ianya tidak dapat diwujudkan dalam sekelip mata sahaja atau dengan hanya melaung-laungakan nya sebagai satu tema sahaja dikain-kain rentang atau di sesi-sesi forum.



Haji Antin menghuraikan pandangan beliau di forum Hari Kebangsaan
Proses menanamkan ilitizam sangat penting dan merupakan proses awal bagi memastikan kejayaan dalam usaha memperkasa keupayaan bangsa. Peserta-peserta forum bersetuju usaha memperkasa keupayaan bangsa tidak akan berhasil jika kita masih gagal memperkasa iltizam bangsa terhadap masa depan negara dan survival bangsa itu sendiri.

Dan menanamkan semangat iltizam tidak akan semudah mana jika suasana bernegara dan berbangsa dicemari oleh virus 'elitism' yang boleh membuatkan segelintir masyarakat, bukan sahaja dikalangan masyarakat umum akan tetapi juga dikalangan masyarakat perkhidmatan awam dan swasta terasa terpinggir.


Hajjah Kartini membentangkan pandangan mengenai tema Hari Kebangsaan sementara Haji Wan Zain menghayati hujah beliau


Perkara ini merupakan antara isu yang berbangkit dalam satu sesi forum yang dianjurkan oleh Biro Disiplin dan Hisbah NDP. Forum membincangkan tema Hari Kebangsaan negara kali k 23 tahun yang berbunyi, 'Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa' berlangsung kemarin di Limbaruh Hijau markas NDP di Jerudong.

Sesi forum yang merupakan salah satu lagi program yang diungayahkan oleh NDP sempena memperingati bulan perayaan ulang tahun Hari Kebangsaan negara kali ke 23 telah dihadri oleh hampi 100 orang ahli-ahli NDP termasuk lebih 40 orang belia-belia yang rata-rata tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Forum dipengerusikan oleh Haji Awang Damit dan dibantu oleh Haji Wan Zain Tengku Ali.

Ahli-ahli panel terdiri dari Haji Awang Yazid, bekas seorang guru dari Temburong, Awang Haji Ibrahim, juga bekas seorang guru dari Temburong, Haji Antin Ahad, Timbalan Naib Presiden NDP Brunei-Muara dan Hajjah Kertini OKPDS Abang Haji Abu Hanifah.

Sebelum ini dua sesi forum yang sama juga diadakan ditempat yang sama. Di sesi pertama forum dihadiri oleh ahli-ahli Himpunan Wanita dan di sesi kedua ianya ditujukkan kepada ahli-ahli JK Penitia Kongres selepas mereka bermesyuarat untuk membincangkan perjalanan kerja-kerja persediaan untuk menghadapi Kongres Perwakilan NDP yang dijadualkan akan berlangsung pada 18 hingga 20 Mei akan datang ini.


Sdra Morshidi

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.