Ibu tunggal perlu pembelaan

 
 
LIMBARUH HIJAU 19 DECEMBER 2007 - HIDUP NYA sentiasa dalam kesunyian dan kesempitan akan tetapi apakan daya itulah suratan takdir yang harus dilaluinya dengan tabah dan sabar.

Dayang binte Liam, seorang balu penduduk tetap Brunei yang berbangsa Bisaya telah kehilangan tempat bergantung sejak suaminya meningal dunia 2 tahun yang lalu.

Sejak itu Dayang tinggal bersendirian di rumah usang peninggalan suaminya di Kampong Mungkom Mukim Lamunin Tutong.

Rumah itu dibina oleh suaminya sejak 10 tahun lalu. Ia terletak di kawasan rendah yang mudah didalami air apabila musim hujan lebat.

Untuk menuju kerumah tersebut terpaksa menggunakan jambatan yang juga telah dibina sendiri oleh arwah suaminya menggunakan bahan-bahan dan papan-papan terpakai. Kini jambatan sepanjang lebih 2 rantai itu sudah buruk dan berbahaya untuk digunakan terutama waktu malam.

Keadaan ini sangat menyulitkan lagi Dayang untuk sering keluar dari rumah yang terpencil itu.

Keadaan hidup yang serba kekurangan itu juga memaksa kesemua 4 orang anak-anak perempuan Dayang untuk berhijrah tinggal di Bandar Seri Begawan. Salah seorang dari mereka tidak berkerja dan tinggal bersama suami manakala yang lainnya menyara hidup berkerja sebagai pembantu kedai dan pelayan di restauran.

Menurut Dayang anak-anaknya setiap sebulan sekali mengunjunginya untuk menghantar bekalan makanan.

Kisah kesulitan hidup Dayang ini menyentuh jiwa rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang membuat kunjungan muhibbah ke rumah Dayang minggu lepas.

Rombongan yang terdiri dari Awang Musatafa dan Awang Peter Saging, ahli-ahli Badan

Perhubungan NDP Tutong dan Malai Hassan Othman Ketua Media Biro Penerangan NDP dibawa berziarah ke rumah Dayang oleh Awang Haji Ratu, ahli NDP yan merupakan teman kepada mendiang suami Dayang.

Semasa lawatan itu Dayang juga mendakwa pernah cuba memohon untuk mendapatkan bantuan kebajikkan tetapi membatalkan niat tersebut apabila diberitahu beliau tdak layak untuk menerima bantuan memandangkan ia bukan rakyat Brunei.


Awang Mustafa dan Awang Peter yang mendengarkan keluhan Dayang itu berjanji untuk membawakan masalah Dayang ke pengetahuan Badan Perhubungan NDP Tutong dengan harapan masalahnya nanti dapat disiasat dengan lebih lanjut untuk tindakan selanujtnya dan juga untuk dipanjangkan kepada pihak-pihak tertentu.

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.