BANDAR SERI BEGAWAN, 20hb Mei 2007 - Serombongan ahli-ahli Himpunan Wanita (HAWA) melalui program berterusannya Jejak Ehsan telah mengunjungi ke rumah salah seorang ahli HAWA untuk menyampaikan ucapan takziah atas kematian anaknya baru-baru ini.
Rombongan yang diketuai oleh Ketua HAWA, Dyg Hajah Sa’emah tiba di rumah Dyg Hajah Rasmah binti Haji Matusin di Kampong Ayer Pengiran Bendahara Lama dengan berjalan kaki meniti jambatan pada kira-kira pukul 3:30 petang hari Sabtu lalu.
Tujuan kunjungan adalah bagi menyampaikan ucapan takziah dan meninjau keadaan Dyg Hajah Rasmah yang dalam kesedihan setelah kehilangan anak lelakinya yang berusia 32 tahun, meninggal dunia pada 2hb Mei lalu di percayai mengalami kemalangan ketika berjoging di kawasan Taman Rekreasi Bukit Shahbandar.
Dengan kunjungan rombongan HAWA itu sedikit sebanyak telah menceriakan sedikit wajah Dayang Hajah Rasmah seorang ahli yang dikenali sangat komited dalam memberikan kerjasama setiap di adakan aktiviti baik dianjurkan oleh HAWA sendiri mahupun biro-biro yang lainnya dalam NDP.
Turut hadir menyambut kunjungan rombongan HAWA itu ialah Dayang Hajah Siti Rauyah binti Haji Salim dan suaminya Awg Haji Ibrahim bin Haji Kula dan Pengiran Hajah Chuchu binti Pengiran Haji Duraman yang juga tinggal berdekatan.
Rombongan disertai sama oleh Dayang Norlina binti Haji Samad, Dayang Norsiah binti Haji Jumat, Dayang Saniah Adi dan Dayang Maya Sakinah serta Dayang Safiah binti Haji Zaini. |