HAWA ikut rayakan majlis korban

 
 
BELAIT 05 JANUARI 2006: DALAM Kemeriahan menyambut Hari Raya Aidul Adha Himpunan Wanita NDP tidak ketinggalan memainkan peranannya meringankan tulang membantu beberapa Majlis Korban yang di anjurkan di persekitaran daerah ini.

Salah satu majlis yang di hadiri ialah Majlis Korban di adakan oleh ahli keluarga Ketua Himpunan Wanita di Rancangan Perumahan Kampong Pandan 7 Kuala Belait pada 31hb Disember yang lalu.

Dua ekor kerbau telah di korbankan dalam majlis tersebut dan acara penyembelihannya telah di adakan di kawasan rumah berkenaan disempurnakan oleh lebih 10 orang ahli-ahli jawatankuasa Takmir Masjid bahagian Majlis Korban Masjid Kampong Pandan Kuala Belait.

Turut hadir ke majlis itu beberapa orang ahli-ahli NDP termasuk Naib Presiden Daerah Belait Awang Sulaiman bin Matarshad dan Majlis Tertinggi Daerah Belait Awang Haji Mohd Yunus bin Haji Suhaili serta beberapa orang ketua-ketua ranting di daerah ini.

Menerusi kehadiran ahli-ahli HAWA dan seterusnya memberikan bantuan memotong daging-daging yang hendak di bahagi-bahagikan sedikit sebanyak telah membukakan peluang untuk menambah rapatkan lagi hubungan di kalangan ahli-ahli wanita NDP bersama masyarakat di sekeliling mereka yang menghadirinya.

Ianya juga dihasratkan untuk mereka dapat sama-sama menghayati konsep dan kelebihan majlis-majlis Korban dengan melihat secara lebih dekat lagi acara-acara penyebelihan dan seterusnya menanamkan sikap bekerjasama dalam kerja bergotong-royong serta kesepaduan di kalangan masyarakat Islam kita.

Sejumlah lebih 50 bungkus daging-daging korban di majlis itu juga telah diserahkan kepada penerima-penerima yang afdhal termasuk anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal di kalangan ahli NDP dan bukan ahli manakala pembahagian daging yang lainnya kepada ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, para hadirin yang datang ke majlis berkenaan.

Majlis juga di teruskan dengan mengadakan Doa Kesyukuran dan Jamuan. Sementara itu pada hari-hari terakhir sebelum membuka lembaran tahun baru 2007 HAWA juga telah giat dalam pergerakkannya menyertai majlis-majlis berkebajikan termasuklah persembahan Dikir di Majlis Perkahwinan anak kepada salah seorang ahli wanita NDP Dyg Hjh Saibah binti Haji Hassan di rumah mereka di STKRJ Lorong Tiga Seria dan pada 31hb Disember Majlis Dikir Berkhatan dan Mandi Belawat di rumah Awang Sidin bin Haji Bakar juga di STKRJ Lorong Tiga Seria.

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.