HAWA NDP MENYERTAI JUNJUNG ZIARAH KE ISTANA NURUL IMAN

 
 

HIMPUNAN Wanita NDP (HAWA) dari seluruh negara adalah di kalangan hampir 40,000 pengunjung Hari Terbuka Istana Nurul Iman yang ketiga dan terakhir pada 16hb Oktober 2007 yang lalu.

Seramai lebih 200 orang ahli-ahli wanita NDP menyertai rombongan berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman pada tahun ini yang telah diberikan laluan pintas atas nama kumpulan pertubuhan oleh pihak polis pengawal yang bertugas.

Hari Terbuka Istana Nurul Iman selama tiga hari itu telah mencatatkan jumlah keseluruhan pengunjung seramai 95,669 orang terdiri daripada berbagai bangsa dan agama penduduk dan rakyat di negara ini termasuklah para pelancung dari luar negara.

Mengetuai rombongan HAWA ialah Ketua Himpunan Wanita Dyg Hjh Saemah bersama dengan beberapa orang jawatankuasa Exco dan juga Naib-Naib Ketua Dua Wanita daerah-daerah.

Barisan gagah ahli-ahli HAWA sepanjang menunggu giliran masuk ke ruang berjunjung ziarah ke

hadapan majlis Baginda Raja Isteri jelas kelihatan melalui pakaian kemas uniform bewarna putih dan tudung bewarna putih serta lencana kebanggaan NDP.

Kebersihan dan berserinya warna putih uniform NDP itu membuatkan terpanggilnya Baginda Raja Isteri untuk ingin tahu dan bertanya kumpulan itu daripada mana dan apa namanya kepada beberapa orang ahli-ahli HAWA yang bersalaman semasa junjung ziarah ke hadapan baginda dan kerabat-kerabat yang lain.



Sehingga Baginda juga sempat memuji keserentakkan beruniform dan keramaian ahli-ahli wanita NDP yang menyertai kunjungan tersebut.


Penonjolan penyertaan yang ramai wanita-wanita NDP dengan serentak beruniform itu juga menjadi perhatian di kalangan ramai pegawai-pegawai yang bertugas yang mengawal perbarisan pengunjung untuk menunggu giliran masuk dengan menanyakan nama pertubuhan.

Seramai lebih 300 orang ahli-ahli NDP seluruh negara telah menyertai rombongan junjung ziarah Hari Terbuka Istana Nurul Iman tahun ini, Turut sama menyertai rombongan ialah Presiden NDP Bapak Yassin Affendy, Timbalan Presiden Saudara Haji Mahmud Morshidi bin Haji Othman, Naib-Naib Presiden NDP daripada empat daerah dan Majlis-Majlis Tertinggi NDP.

Berkunjung ke Hari Terbuka Istana Nurul Iman merupakan peluang untuk kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini untuk junjung ziarah ke hadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat-kerabat Baginda bersempena meraikan sambutan hari raya aidilfitri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.