BANDAR SERI BEGAWAN, RABU - JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI (JKDN) hari ini dengan tegas memaklumkan bahawa khabar-khabar angin yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggunjawab akhir-akhir ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai kebenaran.
Siasatan ke atas khabar-khabar angin itu juga menunjukkan ia mempunyai unsur-unsur fitnah, kata JKDN dalam kenyataan rasmi yang disiarkan dalam Pelita Brunei keluaran 31 Oktober.
Kenyataan itu dikeluarkan ekoran timbulnya khabar-khabar angin kebelakangan ini yang menjejaskan imej dan martabat orang yang menjadi asaran pihak tidak bertanggunjawab itu.
JKDN berkata mereka baru-bau ini mengadakan beberapa siri siasatan ke atas beberapa orang awam yang disyaki berhubung kait dengan kes penyebaran khabar angin yang berpotensi menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam di negara ini.
Menurut kenyataan KDN, sehinga kini hasil siaatan mendapati khabar angin yang disebarkan itu tidak berasas, tiada kebenaran dan mengandungi unsur fitnah.
Perbuatan yang tidak bertanggunjawab itu dilakukan oleh individu atau berkumpulan yang bertujuan memfitnah atau mengaibkan mauah dan martabat mana-mana pihak adalah suatu tahan yang serius.
"Perbuatan mereka-reka dan menyebar khabar angin baik secara individu atau berkumpulan yang bertujuan memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak adalah perbuatan yang tidak boleh diberikan toleransi dalam memastikan keharmonian dan ketenteraman awam, " kata JKDN.
JKDN komited untuk meneruskan siasatan ke atas mereka yang dikesan dan dikenal pasti terlibat dalam penyebaran khabar angin berkenaan dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang melibatkan diri mereka dengan aktiviti yang tidak bertanggung-jawab itu.
Sehubungan dengan itu JKDN mengalu-alukan kerjasama orang ramai meyalurkan apa juga maklumat yang berkaitan bagi membantu siasatan sama ada dngan menghubungi terus ke Ibu Pejabat JKDN atau cawangan JKDN yang berhampiran.
|