Guna saluran tertentu untuk sampaikan segala masalah

 
 

LIMBARUH HIJAU 23 DISEMBER 2007 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menasihatkan semua penghuni Rumah Panjang Kampong Sumbiling di Daerah Temburong supaya sentiasa menggunakan saluran yang tertentu agar segala isu berhubung hal ehwal kebajikkan dan kesejahteraan mereka dapat di bawa kepengatahuan pihak-pihak berwajib dengan baiknya.

"Segala isu berkaitan soal kebajikkan dan kesejahteraan penghuni-penghuni di Rumah Panjang ini hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak-pihak berkenaan melalui saluran-saluran yang sudah disediakan. Jangan (isu-isu tersebut) di simpan atau di cakap-cakapkan dan di bincang-bincangkan di dalam Rumah Panjang ini sahaja hingga akhirnya ia menjadi masalah rumit dan menimbulkan kekecewaan pula di kalangan penghuni Rumah Panjang ini".

Perkara ini jika dibiarkan boleh menghakis keyakinan masyarakat terhadap sistem pentadbiran dan pengurusan kerajaan dan ianya akan menimbulkan kekeliruan. Dari itu sangat penting ketua-ketua dan juga masyarakat akar umbi menanggani isu-isu berhubung kebajikkan dan kesejahteraan mereka dengan baik dan menggunakan saluran-saluran terentu, seru Ayahnda Yasin Affandy semasa membuat kunjungan muhibbah ke Rumah Panjang Kampong Sumbiling di Daerah Temburong baru-baru ini.

Kunjungan muhibbah Presiden dan rombongan merupakan salah satu program 'Menyusur Desa' anjuran parti dalam usahanya mendekati dan memeduli masyarakat kampong dan pendalaman.

Program ini merupakan perlaksanaan antara obektif utama parti untuk menjadi sebuah pergerakkan politik yang akan berusaha secara berterusan menanamkan semangat kesetiaan di kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darusalam yang tidak berbelah bahagi kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan zuriat-zuriat Baginda serta menanamkan kedalam diri mereka semangat cintakan raja, bangsa dan negara.
Justeru di sesi lawatan tersebut Ayahnda Yasin Affandy juga mengambil kesempatan mengarahkan sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP agar terus berusaha melaksanakan objektif parti dengan berluai di padang bersama-sama masyarakat desa dan kampong.

Katanya konsep dan pendekatan program 'Menyusur Desa' ialah untuk berluai di padang mendekati dan memeduli
masyarakat desa dan kampong bukannya untuk berpesta-pesta yang hanya akan menyusahkan penduduk pendalaman.

"Dari itu saya mencadangkan supaya perlaksanan program ini janganlah sampai menyusahkan orang kampong yang hendak diziarahi. Kalau perlu kita bawa makanan dan minuman sendiri dan keperluan-keperluan yang lain untuk kita sama-sama dinikmati dengan masyarakat kampong yang kita ziarahi itu", ujar Ayahnda Yasin Affandy lagi.
 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.