Gejala 'Ali Baba' merosak bangsa

 
 

DAERAH BELAIT MACH 24, 2007: Kegiatan perniagaan ala Ali Baba yang semakin berleluasa di Negara Brunei Darussalam jelas menjadi kerisauan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Daerah Belait yang bermesyuarat kemarin untuk membincangkan langkah-langkah persediaan ranting-ranting NDP Belait menghadapi Kongres Perwakilan NDP pertama pada bulan Mei hadapan ini.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait yang juga merupakan Ketua Jawatankuasa Perhubungan NDP Belait.

Di sesi mesyuarat tersebut Awang Sulaiman mengingatkan Ketua-ketua Majlis Eksekutif Ranting yang hadir pentingnya mereka melaksanakan dengan segera usaha mengemaskinikan struktur organisasi ranting masing-masing dan mengadakan mesyuarat agong peringkat ranting untuk melantik 6 perwakilan yang akan menghadiri Kongres Agong Perwakilan pada Mei hadapan ini.

Beliau juga menjelaskan pentingnya ranting-ranting menghadapkan usul-usul yang difikirkan sesuai untuk dibawa ke Mesyuarat Agong peringkat perhubungan sebelum ianya diangkat ke Kongres Agong Perwakilan nanti.

Tegasnya usul-usul, sama ada yang dibahaskan atau tidak perlu dibahaskan, hendaklah relevan dan berkaitan dengan kemaslahatan disekitar kawasan ranting masing-masing.

Beliau juga menekankan pentingnya penyelidikan dan pengumpulan maklumat yang tepat dalam membuat usul-usul demi untuk mengelakkan usul-usul tidak dapat di gunapakai kerana tidak mempunyai data dan maklumat yang tepat untuk menyokongnya.

"Inilah peluang kita untuk menyumbangkan buah fikiran dan juga teguran kepada pihak-pihak tertentu dengan tujuan semata-mata untuk memastikan perlaksanaan perkhidmatan awam, pembangunan kampong dan kawasan perumahan, kebajikan masyarakat dan pemeliharaan alam skitar sebagai contoh dapat berjalan seperti mana yang sepatutnya", jelas Awang Sulaiman.

Di sesi mesyuarat tersebut beberapa orang ahli-ahli NDP menyuarakan kerisaun mereka mengenai perkembangan pesat kegiatan perniagaan ala Ali Baba di kampong-kampong dan kawasan-kawasan perumahan.

Meurut mereka gejala Ali Baba ini sudah terbukti membukakan peluang kepada rakyat asing untuk memonopoli perniagaan kedai runcit di negara ini dan jika tidak dibendung dari sekarang akan menjejaskan usaha untuk memperkasa peniaga kecil dan sederhana.

Merekas juga risau jika gejala Ali Baba ini tidak dibendung dengan lebih serius akan menjejaskan kedaulatan orang Melayu yang sudah tergadai melalui konsep Ali Baba ini.

Beruhubung persoalan itu, Awang Sulaiman menegaskan ada baiknya kaji selidik dijalankan dengan teliti agar usul berkaitan isu tersebut dapat diberikan perhatian.









 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.