Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Ucapan Perutusan Presiden Parti Pembangunan Bangsa Sempena Hari Kebangsaan Negara kali ke 25

Bismillahi Rahmani Rahim

Assalaumualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W serta kerabat-kerabat dan sahabat-sahabat baginda yang di muliakan Allah.

Di panjatkan syukur kehadrat Allah Subahan Allah Ta’ala atas segala limpah kurnia rahmatNya kepada kita semua, ahli-ahli keluarga kita, bangsa dan  dan Negara sehingga kita di izinkan untuk sama-sama memperingati dan merayakan Jubli Perak  Hari Kebangsaan Negara dalam suasana  aman, damai dan sejahtera.

Dan mengambil sukut baik sempena kita menyambut Jubli Perak Hari Kebangsaa ini marilah kita sama-sama memperkuatkan dan memantapkan lagi semangat berbangsa dan bernegara serta membaharui azam untuk terus berusaha membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta Kerajaan Baginda dalam memajukan lagi bangsa dan Negara ke arah kecemerlangan selaras dengan Wawasan Negara 2035. Insya Allah

Sepanjang perjalanan kita 25 tahun yang lalu sebagai sebuah bangsa dan Negara yang merdeka lagi berdaulat, banyak kemajuan di pelbagai bidang telah kita saksikan dan turut nikmati. 

Secara ringkas kehidupan jauh berbeza di banding sebelum merdeka, antaranya peningkatan taraf hidup kepada yang lebih baik, perkembangan serta peluang ekonomi yang semakin terbuka luas dan wujudnya peluang pendidikkan yang meluas kepada semua lapisan rakyat

Di arena antarabangsa pula Negara juga telah berjaya mencipta nama dengan berperanan sebagai anggota masyarakat serantau dan antarabangsa yang di galati.

Namun demikian dalam perjalanan Negara sepanjang 25 tahun lalu kita juga tidak sunyi dari menghadapi berbagai-bagai cabaran hebat yang di bawa oleh gelombang kemajuan dunia global tanpa sempadan.

Kita turut mengalami krisis kewangan pada 1998  yang di tambah buruk oleh kemelut Amedeo yang hingga kini masih belum selesai sepenuhnya.

Seterusnya kita juga turut menyaksiakan pertumbuhan penyakit sosial, keruntuhan rumah tangga,  masalah kemiskinan, pengganguran, perumahan, alam sekitar dan sebagainya yang di bawa bersama oleh arus kemajuan tersebut.

Dalam lain perkataan perjalanan kita sepanjang 25 tahun merdeka penuh dengan pengalaman-pengalaman yang manis dan tidak kurang yang pahit.

Justeru setentunya bersesuaian kita memilih tema Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara yang berbunyi, ‘Kedewasaan Bernegara’.

Pengalaman 25 tahun itu setentunya sudah dapat membuatkan kita sebagai sebuah Negara dan bangsa yang sudah cukup dewasa untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang yang lebih hebat dalam kita meneruskan perjalanan menuju ketahap kecemerlangan yang lebih tinggi.

Makanya adalah menjadi harapan kita dalam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan selaku rakyat untuk melihat tema ‘Kedewasaan Bernegara’ mejadi kenyataan, bukan tinggal tema untuk di laung-laungkan sahaja.

Kita berharap seruan tema Jubli Perak Hari Kebangsaan bukan sahaja ditujukan kepada rakyat biasa akan tetapi dapat di zahirkan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran Negara, di dalam proses membuat keputusan dan pengubalan dasar-dasar Negara.

Untuk itu kita berharap untuk melihat pengamalan dan pengukuhan sistem pengurusan dan pentadbiran, sistem delivery dan proses membuat keputusan dan penggubalan dasar kemajuan Negara yang lebih dinamik, proaktif, bertanggunjawab, telus, dan ‘accountable’.

Insya Allah NDP akan terus berusaha menyokong dan membantu Baginda Sultan dan Kerajaan dalam segala usaha untuk membawa bangsa dan Negara kearah kecemerlangan seperti yang di hasratakn dalam Wawasan Negara 2035.

NDP akan terus memainkan peranan  yang lebih aktif sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang menyumbang kearah pengukuhan sistem pengurusan dan pentadbiran, sistem delivery yang lebih berakauntabel serta menyumbang kepada proses membuat keputusan yang lebih mantap.

Kepada kepimpinan dan ahli-ahli NDP sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara saya berseru marilah kita tingkatkan komitmen dan usaha untuk terus membina pelantar politik kita ini sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat yang lebih dinamik dan efektif.

Marilah kita bina Parti Pembangunan Bangsa ini hingga ia benar-benar menjadi ‘power base’ dan kekuatan kepada Baginda Sultan dalam usaha Baginda membawa Negara dan bangsa kearah kemajuan yang lebih cemerlang.

Sekain wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dirghayu Negara ku

Awang Haji Mohamad Yassin bin Abdul Rahman @Yasin Affandy

Presiden Parti Pembangunan Bangsa

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.