LIMBARUH HIJAU 25 FEBRUARI 2009 - TERIMA kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta-peserta NDP di perbarisan sempena Jubli Perak Hari Kebangsaan.
Tanpa semangat gigih ahli-ahli parti terutama warga emas termasuk mereka dari kalangan wanita puak-puak etnik memberikan sokongan kepada pasukan NDP tidak mungkin NDP dapat mempamerkan kehebatannya di hari bersejarah tersebut.
Sambil di perhatikan oleh puluhan ribu penonton NDP telah berjaya mempersembahkan sebuah pasukan yang unik yang di anggotai oleh 825 ahli-ahli mewakili kesemua 8 puak etnik termasuk kaum Cina Brunei di perbarisan Jubli Perak Hari kebangsaan itu.
Sanjungan tinggi dan ucapan penghargaan kepada peserta-peserta ini di nyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perayaan Bulan Kemerdekaan, Awang Haji Mohiddin DP Pengarah Haji Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Hari Kemerdekaan, Pengiran Haji Shahminan bin Pengiran Haji Ismail di majlis makan di markas pusat anjuran parti yang di adakan khusus untuk peserta-peserta perbarisan.
Di majlis tersebut Ayahnda Presiden NDP Yasin Affandy juga turut berucap dengan menyatakan kekaguman beliau atas komitmen tinggi yang di tunjukkan oleh ahli-ahli NDP di acara penuh gemilang tersebut.
|
|
Sementara itu majis juga di selajurkan dengan penyampaian cendera hati tanda penghargaan dan terima kasih kepada Pengiran Haji Shahminan atas usaha gigih beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan pasukan NDP.
Cendera hati juga di sampaikan oleh Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP kepada wakil Jabatan Bomba yang telah di tugaskan melatih dan mempersiapkan pasukan NDP untuk perbarisan Hari Kebangsaan tersebut.
Di perkembangan yang lain majlis juga menyaksikan Ayahnda Presiden menyeru ahli-ahli yang hadir agar memberikan sokongan kepada Tabung Bantuan Rakyat Ghaza yang sebelum ini telah di lancarkan di mesyuarat Dewan Harian pada 14 Januari bulan lalu.

|