Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tangki air Mukim Labi yang mengerunkan

LABI 20 FEBRUARI 2009 - PENGGUNA-PENGGUNA jalanraya yang lalu lintas di jalan menuju ke Labi pasti akan merasa gerun apabila melihat dua buah tangki air konkrit yang di bina di atas bibir lereng yang curam yang terletak hanya beberapa meter dari jalan utama menuju ke daerah pendalaman itu.

Pandangan dari jalanraya menuju ke Labi

Apa tidaknya bagi kita yang kurang ilmu di bidang kejuruteraan, melihat kedudukkan dua tangki air konkrit yang bersaiz besar itu sangat menakutkan.

Kita tentu tidak sedap hati melihatnya. Semacam ada sesuatu yang tidak kena. Persoalan yang pasti akan bermain di kepala apabila melihat 2 tangki besar tersebut ialah, 'apakah ia selamat? apakah kedudukkan 2 buah tangki atas tanah timbuk di lereng lembah yang curam itu kukuh untuk menanai keberatan tangki-tangki konkrit itu apabila ianya sudah di isi dengan air nanti?

Pandangan dari tepi menunjukkan kedudukkan tangki air di tepi bibir lereng yang curam

Pandangan dari belakang kedudukkan tangki

Timbul lagi pertyanyaan,' kenapa perlu menempatkan tangki-tangki air tersebut di lereng yang curam dan di tepi laluan utama menuju ke Labi? Apakah tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan lebih selamat?

Meninjau belakang tangki di tepi bibir lereng yang curam

Pandangan dari bawah lereng yang curam.

Tidak jauh dari kawasan tersebut iaitu hanya kurang satu kilometer dari tempat letak 2 tangki tersebut terdapat sepenggalan jalan yang telah retak dan terturun.

Kerosakkan jalan tersebut berpunca dari banjir besar dan tanah susur yang berlaku ketika musim hujan lebat yang turun tidak henti-hentinya dua minggu kepas.

Melihat keadaan jalan tersebut menambahkan lagi kerisauan kita akan kedudukkan 2 buah tangki tadi kerana kita merasakan tanah di kawasan tersebut nampaknya mendap, tidak stabil.

Timbul lagi persoalan, apakah keadaan tanah tempat duduk 2 buah tangki tersebut cukup stabil dan tidak akan terjejas oleh kejadian tanah susur, tambahan lagi memandangkan ianya merupakan tanah timbuk?

Terasa takut juga apabila membayangkan 2 buah tangki air konkrit itu akan tumbang jika kejadian tanah susur berlaku. Mudah-mudahan tidak!

Sementara itu menurut laporan pembinaan dua buah tangki tersebut merupakan antara projek-projek pembinaan tangki-tangki simpanan di tempat-tempat strategi di kawasan Andulau, Merangking, Tenajor dan Bukit Gatas Labi dalam perlaksanaan projek pembinaan loji rawatan air yang baru di Sungai Liang.

Projek pembinaan loji di Sungai Liang yang bermula pada 16 Mac 2007 melibatkan pembinaan stesen pam pengambilan air mentah dari Sungai Belait. Loji berkenaan merupakan salah satu projek termasuk di dalam projek Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-8.

Dengan adanya loji baru itu nanti akan menambah keupayaan dan kapasiti pengeluaran keseluruhan air bersih bagi daerah ini sebanyak 90.5 juta liter sehari untuk keperluan 116,000 penduduk. Pada masa ini keramaian penduduk daerah ini lebih kurang 60,000 orang. Ini bermakna bekalan air dari loji-loji di daerah ini boleh bertahan sehingga tahun 2025.

Loji Sungai Liang di jangka akan dapat menaikkan taraf bekalan air di semua kawasan Lumut, Sungai Liang dan kawasan-kawasan pedalaman seperti Mukim Labi, Kampong Merangking, Kampong Sungai Mau dan Kampong Bukit Sawat. Loji tersebut juga berfungsi sebagai pelapis bagi pembekalan air bersih ke kawasan Seria dan Kuala Belait jika sebarang kecemasan berlaku.

Selain itu loji berkenaan juga akan membekalkan air bersih secara terhad sebanyak 10 juta liter sehari kepada Syarikat pengeluar Mentanol sahaja. Pada masa ini Mukim Labi dibekalkan melalui Loji Rawatan Air Labi yang akan ditutup memandangkan keupayaannya yang kecil (1.2 juta liter sehari) dan ianya lebih menjimatkan bagi mukim itu untuk dibekalkan terus dari loji yang baru itu.

Bekalan air ke Mukim Labi akan disalurkan melalui sistem jaringan paip baru di bawah Kontrak Package 3 yang melibatkan pembinaan beberapa buah tangki simpanan di tempat-tempat strategi di kawasan Andulau, Merangking, Tenajor dan Bukit Gatas Labi.

Manakala Kampong Merangking, Sungai Mau, Kampong Bukit Sawat dan Kampong Lumut yang pada masa kini menerima bekalan terus dari Loji Rawatan Air Seria akan menerima tekanan yang cukup apabila menerima sumber bekalan air bersih dari Loji Rawatan Air Sungai Liang melalui tangki-tangki simpanan yang baru dibina.

Loju itu juga boleh berfungsi sebagai sandaran bagi membantu membekalkan air bersih ke kawasan Seria dan Kuala Belait jika diperlukan bila-bila masa sahaja serta membantu membekalkan air ke kawasan Telisai apabila paip penyambungan ke tangki air Telisai siap dilaksanakan.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.