Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Sidang Asean Ke-14 Catat Pemeteraian FTA Menyeluruh Pertama

HUA HIN (Thailand), 1 MaC (Bernama) -- Sidang Kemuncak Asean ke-14 berakhir dengan mencatatkan peristiwa bersejarah apabila termeterainya perjanjian penting, Perjanjian Perdagangan Bebas Asean, Australia dan New Zealand (AANZ-FTA), meskipun negara tuan rumah, Thailand terpaksa melalui halangan dengan isu politik domestik.

Asean menandatangani perjanjian perdagangan menyeluruh pertamanya dengan rakan dialog yang akan terus membuka pasaran rantau ini untuk pelaburan dan perdagangan.

Perjanjian itu dianggar bernilai lebih AS$40 bilion untuk ekonomi Australia dalam masa dua dekad dan menyediakan ruang yang lebih luas kepada syarikat-syarikat untuk perdagangan dengan 10 negara anggota Asean iaitu Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Perkumpulan serantau itu juga berikrar untuk menyelaraskan usaha untuk menangani krisis ekonomi dan kewangan semasa serta tegas terhadap sebarang bentuk amalan melindungi.

Kesemua 10 pemimpin perkumpulan itu juga menyeru supaya diadakan pembaharuan segera dan berani dalam sistem kewangan antarabangsa bagi mempunyai satu sistem yang lebih komprehensif, sama rata dan mengambil kira pertimbangan kepentingan dan suara negara-negara membangun dan baru muncul.

"Kita belajar daripada pengalaman lepas dan bersedia untuk bertindak bersama," kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada pemberita pada akhir Sidang Kemuncak itu yang berlangsung dua hari bertemakan "Piagam Asean Untuk Penduduk Asean" di sini hari ini.

Beliau berkata perkumpulan juga sealiran dalam menentang amalan melindungi itu serta akan mengadakan rundingan dengan mana-mana negara anggota yang mengamalkannya.

Abdullah berkata pendekatan sidang kemuncak itu amat mirip kepada "perniagaan dan cepat" yang memberi manfaat kepada isu-isu yang menyelubungi perkumpulan dengan 570 juta penduduk.

Bagaimanapun, masalah dengan Asean selalu dilaksanakan, kata seorang pegawai.

"Kita selalu mempunyai idea dan rancangan yang besar tetapi pelaksanaan teruk sekali," katanya.

Begitu juga dengan syarikat multinasional Asean yang jarang mengambil ksempatan terhadap liberalisasi di rantau ini, kata Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan.

Beliau mengingatkan bahawa memandangkan Asean telah menandatangani lebih banyak perjanjian perdagangan bebas dengan ekonomi yang lebih besar, persaingan akan lebih hebat dan dengan itu adalah penting untuk komuniti perniagaan Asean memanfaatkan pasaran mereka sendiri sekarang.

Perkumpulan itu juga sedang dalam rundingan dengan Kesatuan Eropah untuk perjanjian yang sama.

"Oleh itu, rancangan Asean untuk pasaran tunggal menjelang 2015 hanya boleh direalisasikan sekiranya komuniti secara keseluruhannya komited dan menyedari akan kemampuannya.

"Jika tidak ia akan hanya kekal sebagai "mimpi hebat" dan "cakap kosong" disebabkan oleh 400 lebih mesyuarat tahunannya," kata beliau.

-- BERNAMA

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.