Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Pencalunan jawatan presiden di buka semula

LIMBARUH HIJAU FEBRUARI 19, 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ayahnda Haji Mohamad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy telah di isytiharkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden parti sesi 2009 - 2012.

URUTAN PERKEMBANGAN PEMILU 2009 - JAWATAN PRESIDEN
  • 13 FEBRUARI AYAHNDA YASIN AFFANDY BERSETUJU UNTUK BERTANDING BAGI JAWATAN PRESIDEN

  • SPU MENGISYTIHARKAN AWANG HAJI MOHAMAD YASIN BIN ABDUL RAHMAN @YASIN AFFANDY MENANG TANPA BERTANDING BAGI JAWATAN PRESIDEN

  • 14 FEBRUARI 2009 AYAHNDA YASIN AFFANDY MENGAMBIL KEPUTUSAN DENGAN MEMAKLUMKAN DI MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI KE 30 BAHAWA BELIAU TIDAK BERSEDIA MENERUSKAN JAWATAN PRESIDEN BAGI SESI 2009 - 2012 ATAS ALASAN KESIHATAN YANG TIDAK MENGIZINKAN

  • SPU PADA 17 FEBRUARI BERMESYUARAT DAN BERSETUJU KERUSI PRESIDEN BAGI SESI 2009 - 2012 TELAH DI KOSONGKAN.

  • SPU MENGELUARKAN NOTIS PEMBERITAHUAN PENCALUNAN BAGI JAWATAN KERUSI PRESIDEN BAGI SESI 2009 - 2012 DI BUKAKAN SEMULA

Perkara ini di putuskan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum Kempimpinan Parti (SPU) yang telah bermesyuarat di Anjung Syura, Limbaruh Hijau pada 17 Februari baru lalu.

Menurut kenyataan dari SPU, Ayahnda Yasin Affandy pada 13 Februari 2009 telah di undang untuk menghadiri taklimat berhubung pencalunan beliau dan di perjumpaan itu beliau telah menerima pencalunan tersebut.

Dalam perkembangan terbaru SPU pula telah di maklumkan mengenai keputusan terkini Ayahnda Yasin Affandy untuk tidak meneruskan jawatan beliau selaku presiden bagi sesi 2009 - 2012 atas sebab-sebab kesihatan.

Menurut kenyataan SPU, Ayayhnda Yasin Affandy pada 14 Februari 2009 telah mengumumkan keputusan beliau tersebut secara rasmi kepada dewan mesyuarat Majlis Tertinggi yang bersidang pada hari itu.

Berikutan keputusan Ayahnda Yasin Affandy untuk tidak meneruskan jawatan beliau selaku presiden NDP bagi sesi 2009 -2012, tambah SPU dalam kenyataan tersebut, bermakna terdapat kekosongan bagi kerusi presiden.

Berpandukan ATURAN DAN PERATURAN - PERATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN KEPIMPINAN PARTI (AP004/08), SPU dengan itu telah mengambil keputusan untuk membukakkan semula pencalunan bagi jawatan presiden bagi sesi 2009 -2012.

Menurut kenyataan yang di buat penamaan calun bagi jawatan presiden telah di bukakakn semula mulai 17 Februari 2009 sehingga 3 March 2009 pada atau sebelum 4.30 petang.

SEMENTARA itu SPU di mesyuarat yang sama telah mengambil keputusan untuk menganjakkkan tarikh tutup menerima surat persetujuan untuk bertanding dari calun-calun bagi jawatan peringkat pusat dan ranting dari 20 Februari kepada 25 Februari 2009 pada atau sebelum 4.30 petang.

Menurut Pengerusi SPU, Haji Wan Mohd Zain Tunku Ali langkah menganjakkan tarikh tutup tersebut bertujuan untuk memberikan masa yang cukup untuk calun-calun mendapatkan kouta sokongan yang di perlukan bagi melayakkan diri untuk bertanding.

Pengerusi SPU memberitahu Aspirasi-NDP terdapat sedikit kekeliruan dalam proses eliminasi pertama berhubung jumlah borang pencalunan yang awalnya di maklumkan boleh di kira dan di jumlahkan sebagai jumlah sokongan awal yang terkumpul. Makluman awal jumlah sokongan terkumpul ini boleh di gunakan oleh calun-calun dalam proses eliminasi kedua mendapatkan jumlah kouta sokongan yang telah di tetapkan.

"Memandangkan SPU baru di tubuhkan dan belum mempunyai sistem komputer bagi pengumpulan dan penganalisaan data yang mantap dan untuk mengelakkan kesilapan dalam pengiraan jumlah kouta sokongan calun-calun, SPU berpendapat adalah lebih selamat dalam proses eliminasi kedua ini untuk calun-calun mendapatkan jumlah sokongan yang di perlukan dengan tidak mengambil kira jumlah awal yang terkumpul di eliminasi pertama".

"Untuk itu SPU juga telah mengambil keputusan untuk menganjakkan tarikh tutup menerima surat persetujuan calun-calun bagi jawatan peringkat ranting dan pusat untuk bertanding kepada 25 Februari 2009. Pertukaran tarikh ini bertujuan untuk mempastikan calun-calun mempunyai cukup masa untuk mendapatkan jumlah kouta sokongan yang di perlukan", jelas Haji Wan Zain.

 

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.