LIMBARUH HIJAU 21 FEBRUARI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) besar kemungkinan tidak akan dapat menurunkan 1025 peserta di perbarisan Hari Kebangsaan Negara kali ke-25 Isnin ini di sebabakan beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan.
Perkara ini di nyatakan oleh Pengiran Haji Shahminan bin Pengiran Hj Ismail, Pengerusi Jawatankuasa NDP perbarisan Hari Kebangsaan kelmarin ketika di temui oleh Aspirasi-NDP di Stadium Negara sebelum latihan penuh perbarisan berlangsung.

Pengiran Hj Shahminan (kanan), Pengerusi JK NDP Perbarisan Hari kebangsaan sedang menjelaskan penyertaan parti di hari bersejarah itu
|
"Awalnya kita berharap untuk menurunkan 1025 peserta tetapi di sebabkan sebilangan ahli-ahli yang tinggal di mukim-mukim pendalaman mungkin berhalangan kerana masih sibuk mengurus rumah masing-masing selepas di landa banjir baru-baru ini".
"Dalam masa sama kita telah membenarkan sebilangan lainnya untuk ikut serta dengan badan-badan NGO yang lain seperti persatuan petani yang kekurangan ahli untuk ikut serta di perbarisan Isnin ini".
"Selain itu jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan juga telah memaklumkan kemungkinan akan terdapatnya sedikit masalah pengangkutan peserta-peserta NDP memandangkan jumlah peserta kita yang ramai", jelas Pengiran Haji Shahminan.
Namun demikian ianya tidak akan menjejaskan semangat seluruh ahli-ahli parti yang akan ikut serta di hari perbarisan bersejarah itu, tambahnya lagi.
Pengiran Haji Shahminan seterusnya menjelaskan NDP akan menampilkan peserta-peserta mewakili puak-puak etnik Melayu Brunei termasuk puak Iban dan Cina Brunei bagi tujuan memberikan gambaran NDP sebagai sebuah pergerakkan politik rakyat mewakili aspirasi semua lapisan rakyat tidak kira bangsa, puak, warna kulit dan peggangan agama masing-masing selagi ia bernama rakyat Brunei.
Sementara itu kelmarin lebih 200 ahli-ahli NDP ikut serta di latihan penuh terakhir Hari Kebangsaa Negara ke 25.
|