|
BANDAR SERI BEGAWAN 24 FEBRUARI 2009 - PASUKAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mendapat perhatian dari ribuan penonton-penonton yang hadir untuk menyaksikan sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah di Berakas pagi kelmarin.
Pasukan NDP yang terdiri dari 825 ahli-ahli mewakili kesemua 8 puak etnik Brunei termasuk kaum Cina Brunei di berikan tepukan sebaik sahaja berjalan lalu di hadapan pentas di raja.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berdiri segak turut memberikan penghormatan kepada pasukan NDP dan pasukan-pasukan lain yang ikut serta di perbarisan tersebut.
Juga turut menyaksikan pasukan NDP berjalan lalu ialah menteri-menteri kabinet, pembesar-pembesar negara, orang-orang bergelar, duta-duta perwakilan asing di negara Brunei dan tetamu-tetamu khas yang di undang ke majlis sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara itu.
Kejayaan NDP mempersembahkan satu pasukan perbarisan yang telah dapat mempamerkan semangat kesatuan semua lapisan rakyat Brunei dari kesemua 8 puak etnik, Melayu Brunei, Kedayan, Dusun, Murut, Bisaya, Tutong, Belait dan puak Iban Brunei serta kaum Cina Brunei juga dengan bangganya disebutkan oleh pengacara majlis sebaik sahaja pasukan NDP memasuki arena perbarisan di Stadium Negara.
Tahniah kita ucapkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan, Awang Haji Mohiddin bin Dato Paduka Pengarah Haji Othman serta Pengiran Haji Shahminan bin Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan (NDP) yang telah berusaha untuk mempastikan kelancaran penglibatan NDP dalam perbarisan di hari gilang gemilang itu.

Semangat kesatuan orang Brunei - Puak Kedayan dan puak Iban Brunei dapat tempat dalam NDP
|

Pengiran Ismail bergambar ramai bersama wakil puak Murut
|

Puteri NDP dari kalangan puak Iban Brunei
|

Bergambar ramai bersama wakil puak Bisaya dan Kedayan
|

Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman bergambar ramai bersama pasukan Puteri NDP Bergambart
|
 |
|