LIMBARUH HIJAU 28 FEBRUARI 2009 - KEHADIRAN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dalam senario politik negara di berikan perhatian oleh Biro Demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Buruh Jabatan Negara Amerika Syarikat dalam laporannya mengenai Hak Asasi Manusia di Brunei bagi tahun 2008.
Dalam laporan tersebut NDP dilaporakan sebagai satu-satunya parti politik yang tinggal bertahan sebagai sebuah parti politik yang berdaftar di Brunei.
NDP, seperti juga parti-parti politik yang lain telah berjanji dan memberi jaminan untuk terus menyokong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan Kerajaan.
Walaupun NDP 'mengeriktik' kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran akan tetapi aktiviti-aktiviti NDP jarang mendapat perhatian meluas media.
(Perkembangan NDP) juga terhambat oleh sekatan dalam merekrut ahli, menurut laporan tersebut.
Laporan sama juga menyentuh mengenai Kongres Agung Tahunan Parti ke-3 pada 21 June 2008 di mana NDP telah membangkitkan isu-isu politik yang di anggap sensitif berhubung pertikaian wilayah (terrotorial dispute) antara Brunei dan Malaysia. Pada tahun 2007 pihak kerajaan telah menasihatkan ahli-ahli parti agar tidak membincangkan dan membahaskan isu-isu politik yang sensitif di kongres-kongres parti.
Ikutilah laporan seterusnya, '2008 Human Rights Report: Brunei Darussalam' |