Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP alu-alukan komitmen Brunei di Mindanao

LIMBARUH HIJAU 02 FEB 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengalu-alukan keputusan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda meningkatkan penglibatan negara dalam proses damai di selatan Mindanao antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Kerajaan Baginda Sultan, menurut laporan media tempatan telah bersetuju meningkatkan penglibatannya dalam proses damai tersebut dengan menghantar 30 orang anggota pengaman ke selatan Filipina bagi membantu Pasukan Pengaman Antarabangsa (IMT) mengawal gencatan senjata rapuh antara kerajaan Filipina dan MILF.

Brunei sebelum ini hanya menghantar 10 orang anggota pengaman dan Malaysia pula selaku negara penaja telah mengundurkan 41 anggota tenteranya berikutan terlerainya rundigan damai yang di tajanya pada Ogos tahun lalu.

Baginda Sultan ketika membuat lawatan rasmi ke Filipina minggu lepas telah menitahkan di persidangan dua-hala Filipina-Brunei, komitmen negara untuk meningkatkan penglibatan dalam proses damai yang terbantut tersebut.

Sehubungan dengan itu NDP menjunjung kehadapan majlis Baginda Sultan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kebijaksanaan Baginda yang setentunya akan mengangkat imej negara sebagai sebuah negara Islam yang cintakan keamanan, kedamain dan keadilan.

Selain itu langkah bijak tersebut juga boleh menganagkat imej negara sebagai anggota masyarakat ASEAN yang benar-benar ikhlas menjayakan semangat Asean untuk mewujudkan komuniti serantau yang harmoni, aman, damai dan makmur yang mana keadilan sejagat dan hak yang berhak sentiasa di hormati.

NDP penuh yakin Brunei akan dapat memainkan peranannya dengan baik dan efektif serta tidak berkecuali.

Langkah negara tersebut juga sejajar dengan semangat perjuangan NDP untuk terus menyokong dan membantu Baginda dan Kerajaan dalam perlaksanaan dasar luar yang dinamik, berhemah dengan pendekatan Islam yang diamalkan oleh negara ketika ini sebagai instrumen dalam memajukan keamanan sejagat.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.