Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP hargai khidmat bakti tentera, agensi keselamatan

TUTONG 15 FEBRUARI 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) sangat-sangat menyanjung tinggi khidmat bakti Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei (ABDB) membantu penduduk-penduduk pendalaman di kawasan-kawasan yang telah di landa banjir besar baru-baru ini.

Awang Gandu, Ketua Ranting Ukong 2 membuat kunjungan muhibbah ke khemah gerakakn ABDB di Ukong

Timbalan Presiden NDP sdr Morshidi dan Awang Haji Ismail Ibrahim, ahli Majlis Tertinggi NDP Tutong turut sama membuat kunjungan muhibbah ke khemah ABDB

"Penduduk-penduduk kampong di Mukim Ukong, Rambai dan Tanjung Maya serta di kawasan-kawasan lain yang turut terjejas sangat terhutang budi kepada askar-askar ABDB yang telah di tugaskan untuk membantu penduduk-penduduk kampong yang telah menghadapi kesulitan hidup akibat musibah banjir yang berlaku baru-baru ini", ujar Awang Gandu, Ketua Ranting Ukong 2 semasa membuat kunjungan muhibbah ke salah sebuah khemah gerakkan ABDB yang telah di tempatkan di Ukong.

Awang Gandu di temani oleh rombongan sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP yang juga sedang membuat tinjauan ke kawasan-kawasan terjejas di Mukim Ukong, Rambai dan Tanjung Maya pada pagi Jumaat baru lepas.

Dalam kunjungan muhibbah tersebut Awang Gandu sambil di saksikan oleh sdr Morshidi dan teman-teman, juga menyampaikan sedikit sumbangan makanan dan minuman kepada anggota-anggota tentera yang sedang bertugas sebagai tanda terima kasih dan penghargaan NDP atas segala sumbangan khidmat bakti yang telah mereka berikan dengan ikhlas.

"Kami sangat berbesar hati atas segala bantuan yang di berikan kepada kami. Askar-askar ABDB telah banyak membantu dengan memberikan perkhidmatan pengangkutan setiap hari semasa musibah banjir kepada anak-anak kampong terutama kanak-kanak sekolah", kata Awang Gandu ketika menyampaikan sumbanagan kepada askar-askar yang bertugas.

Sementara itu menurut Awang Gandu kejadian banjir baru-baru ini telah memberikan peluang kepada NDP dan ABDB serta dengan agensi-agensi keselamatan yang lain untuk berkerjasama membantu penduduk--penduduk yang terjejas menghadapi bencana banjir tersebut.

"Contohnya kami selaku ahli NDP di Ukong telah menyediakan khemah kepada penduduk-penduduk kampong terutama sekali kanak-kanak sekolah untuk mereka betrteduh dari hujan lebat yang tidak henti-henti semasa mereka menunggu ketibaan bot-bot ABDB untuk mengangkut mereka keluar dari kawasan banjir".

Pengkalan anak Sungai Nak Tuno di Ukong tempat perhentian bot-bot ABDB mengangkut penduduk-penduduk kampong dan anak-anak sekolah keluar dari kawasan banjir.

Khemah di dirikan oleh NDP Ukong bagi kemudahan penduduk-penduduk kampong dan anak-anak sekolah berteduh dari hujan lebat yang turun tidak henti-henti ketika menunggu ketibaan bot-bot ABDB di pengkalan anak Sunagi Nok Tuno yang terletak besebelahan khemah ini

"Khemah tersebut kami tempatkan berdekatan pengakalan Sungai Nok Tuno tempat perhentian bot-bot ABDB yang di khususkan mengangkut penduduk-penduduk dan anak-anak sekolah keluar dari kawasan banjir untuk pergi ke tempat kerja dan ke sekolah", jelas Awang Gandu.

"Walaupun nampak sumbangan kami sangat kecil tetapi apa yang penting kerjasama yang dapat di berikan kepada agensi-agensi keselamatan terutama kepada ABDB yang telah bertungkuslumus membantu kami yang terjejas oleh kejadian banjir tersebut", ujar Awang Gandu kepada Aspirasi-NDP.

"Kami berharap kerjasama semacam ini akan dapat di teruskan bukan sahaja di masa darurat tetapi juga di masa aman", ujar Awang Gandu.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.