Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menyusur kepedihan rakyat merhain

LABI 16 FEBRUARI 2009 - AWAL pagi lagi Awang Ramli Hassan yang berumur 79 tahun dan kurang sehat kerana menghidap sakit jantung sudah bersiap-siap untuk berangkat ke Kuala Belait untuk menghadiri majlis penyerahan sumbangan bantuan mangsa banjir dan tanah susur di Kuala Belait.

Walaupun tidak sihat beliau terpaksa membuat perjalanan yang jauh itu kerana sejak berlakunya banjir besar yang telah menenggelami bahagian bawah rumahnya yang usang di Sungai Mao Labi Kuala Belait 2 minggu lepas, beliau dan isteri, Dayang Hajah Salmah Opak, yang juga kurang sehat hanya sekali mendapat bekalan makanan yang di janjikan.

Dengan bertawakal kepada Allah Awang Ramli memandu kereta nya yang juga kurang sihat menuju ke Lumut tempat kediaman sudaranya yang telah berjanji untuk membawa beliau ke Pejabat Daerah Kuala Belait.

Tetapi hingga petang kelmarin tidak ada khabar berita dari beliau, apakah beliau yang telah bersusah payah ke Kuala Belait berjaya sampai ke majlis rasmi penyampaian sumbangan bantuan tersebut?.

Menurut isteri nya yang risau akan keadaan kesihatan suaminya mungkin si suami tidak meneruskan perjalanan itu kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden Belait menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada Dayang Salmah sambil di perhatikan oleh sdr Morshidi.

"Nda mengapa lah asal ia selamat", keluh Dayang Hajah Salmah Opak kepada Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP), sdr Mahmud Morshidi yang datang dengan rombongan untuk menjenguk keadaan beliau dan keluarga sambil menyampaikan sumbangan bantuan makanan dari NDP.

Dengan meniaki temuai, sdr Morshidi dan rombongan menyusur Sungai Mao untuk meninjau keadaan rumah-rumah yang terjejas.

Sdr Morshidi dan rombongan yang mendengarkan keluhan Dayang Hajah Salmah dan keluarga rasa terkilan kerana tidak jauh dari tempat kediaman Dayang Hajah Salmah iaitu hanya kalau berjalan kaki hanya mengambil masa kurang lebih 3 minit untuk sampai, terletak sebuah dewan yang di gunakan sebagai pusat gerakkan bencana alam.

Semasa lawatan ke pusat gerakkan bencana alam di Labi. Dewan pusat gerakkan terletak tidak jauh dari rumah Dayang Hajah Salmah

Sebelum menjenguk ke rumah Dayang Salmah kami telah singgah ke bilek gerakan tersebut dan ternampak longgokan sumbangan bantuan makanan yang belum di agihkan.

"Kenapa abis kita nda ke bilek gerakkan untuk mendapatkan bekalan makanan yang di janjikan?" tanya kami.

"Sudah balik-balik kami ke sana, tapi petugas-petugas di sana tidak berani memberikannya kerana tidak ada arahan untuk memberikannya kepada kami", jelas anak Dayang Hajah Salmah.

Lawatan ke Rumah Panjang Teraja

Lawatan ke rumah Awang Nordin, ahli NDP di Labi

"Kenapa nda abis kita hubungi Ketua Kampong dan minta bantuannya?, tanya kami lagi.

"Doi ma barangkali sekali ganya ia pernah menjenguk kami. Malar sudah di hubungi katanya bah, bah nanti tah dulu....bah belum surut batang hidunya pun belum nampak", kata salah seorang anak Dayang Hajah Salmah yang nampak geram mengenangkan nasib ibu dan ayah yang sudah tua yang sudah pun susah di susahkan lagi untuk hadir di majlis rasmi penyampaian sumbangan bantuan mangsa banjir di Kuala Belait yang 80 kilometer jauhnya dari tempat mereka tinggal.

Terlintas di fikiran kenapa pihak-pihak berwajib tidak terfikir betapa susahnya dan menyusahkan penduduk-penduduk yang menjadi mangsa banjir untuk membuat perjalanan ke majlis rasmi penyampaian sumbangan bantuan yang mereka anjurkan itu.

Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait menyampaikan sumbangan tanda kasih kepada agensi keselamatan yang telah bertungkuslumus membantu penduduk-penduduk yang terjejas.

Lawatan ke dewan serbanguna Labi di mana penghuni-penghuni Rumah Panjang Malayan di tempatkan sementara

Mana ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perundingan Kampong dan Mukim (MPM, MPK) di kawasan tersebut? Mana Ketua Kampong kawasan terjejas di kawasan Dayang Hajah Salmah yang sepatutnya turun padang menjenguk keadaan anak-anak kampong dalam keadaan darurat ini? Tidak kah MPM, MPK di sana ini berfungis sebagai mata dan telinga kerajaan, sebagai indung anak-anak kampong terutama dalam saat genting ini?

Terlintas di fikiran,"oh ya...kalau turun padang terus hantar sumbangan bantuan ke rumah-rumah mangsa tidak ada publisiti, tidak keluar di surat khabar dan di kaca TV untuk di baca dan di tonton oleh orang ramai terutama oleh orang atasan...tidak nampak berkerja...lagipun bukan senang untuk turun padang sangat meletihkan dan terpaksa mengotorkan kaki masuk rumah-rumah rakyat merhain".

Sambil fikiran-fikiran yang mungkin kurang tepat itu bermain-main di kepala kami, sdr Morshidi dengan air muka yang sedih bangkit dari tempat duduknya dan bersalaman dengan Dayang Hajah Salmah sambil berpesan," sabar saja kita...dorang atu pun kesian jua sibuk dengan tugas masing-masing tambahan lagi masa ani masalah banjir dan tanah susur pun belum selesai".

Menurut makluman yang kami terima bukan sahaja Awang Ramli bin Hassan yang di perlukan hadir di majlis rasmi yang di sebutkan. Seramai lebih 20 orang ahli keluarga dari Rumah Panjang Kampong Malayan juga di arahkan untuk ke Kuala Belait kelmarin untuk hadir di majlis tersebut.

Awang Mohamad Bahjou, Pengerusi Sekretariat Menyusur Desa menyampaikan sumbangan kepada penghuni-penghuni Rumah Panjang Malayan sambil di perhatikaan oleh sdr Morshidi

Kami mendapat maklumat ketika mengunjungi mereka di Dewan Serbaguna di Labi di mana mereka di tempatkan sementara kerana jalan menuju ke tempat kediaman mereka terputus oleh tanah susur.

Dalam lawatan ke dewan tesebut NDP juga menyampaaikan sedikit sumbangan makanan kepada mangsa-mangsa bencana alam tersebut.

Dari dewan tersebut rombongan bergerak ke Rumah Panjang Teraja untuk menjenguk keaadaan penghuni-penghuni di rumah panjang tersebut dan dari sana bergerak keluar sambil membuat perhentian di beberapa kawasan yang terjejas sebelum sampai ke rumah Dayang Salmah di Kampong Sungai Mao.

Bergambar ramai bersama petugas-petugas di Dewan Serbaguna yang juga menerima sumbangan tanda kasih NDP kepada mereka yang telah berusaha membantu penduduk-penduduk pendalaman yang terjejas

Dari rumah Dayang Salmah rombongan meneruskan perjalanan untuk pulang dengan kepala penuh dengan tanda tanya apahal dengan sebilangan kecil institusi kampong dan mukim di beberapa kawasan yang terjejeas yang di lihat oleh anak-anak kampong semacam tidak berfungsi dengan baiknya?

Kami teringat juga dengan kunjungan kami dengan bermalam di Kampong Kuala Ungar untuk meninjau keadaan di Mukim Ukong, Rambai, Tanjung Maya, Kampong Kuala Ungar dan Sungai Damit dua hari lepas di mana kami mendapati ada juga ketua-ketua kampong yang sangat efisyen hingga anak-anak kampong seperti di Tanjung Maya senang hati kerana setiap hari mendapat bekalan makanan yang sudah siap di masak di hantar ke rumah-rumah mereka. (Meninjau kemaslahatan mangsa banjir)

Dalam perjalanan pulang kami juga mengingat kembali kekaguman yang di tunjukkan oleh sebilangan penduduk pendalaman terhadap pengorbanan askar-askar Angkatan Bersenjata Di-Raja Brunei (ABDB) di samping agensi-agensi keselamatan yang lain dalam memberikan bantuan kepada mereka ketika bencana banjir melanda yang telah menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Tahniah kepada anggota pasukan ABDB dan agensi-agensi keselamatan yang lain yang telah bertungkus lumus berbasah berkaring bersama penduduk-penduduk kampong pendalaman di sepanjang musim banjir itu.

Jasa kamu akan terus di kenang.

Jasa mu di kenang...Awang Sulaiman menyampaikan sumbangan tanda kasih kepada wakil ABDB di pusat gerakkan bencana alam Labi

Sementara itu di perkembangan yang lain, pagi ini Aspirasi-NDP mendapat tahu Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Pehin Dato Haji Awang Adnan kelmarin telah mengepalai satu rombongan untuk meninjau keadaan di Mukim Ukong, Rambai dan Tanjung Maya. (Tanjong Maya And Rambai Residents Receive Minister's Follow-Up Visit)

Mudah-mudahan sesi lawatan tersebut membuahkan hasil yang baik yang dapat membantu menyelesaikan isu banjir yang sebanyak 4 kali setahun di hadapi oleh penduduk-penduduk di sana.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.