Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Menyusul isu banjir di Lembah Ukong

LEMBAH UKONG FEBRUARI 18, 2009 - MESYUARAT Majlis Tertinggi (MT) NDP yang bersidang buat kali ke 30 pada 14 Februari baru lalu sebulat suara bersetuju agar saranan parti berhubung isu penyelesaian masalah banjir di Lembah Ukong dan persekitarannya yang telah di usulkan di Kongres Agung NDP kali ke-3 tahun lepas di susul semula secepat mungkin.

Longkang-longkang yang tersumbat di sebabkan kurang pemuliharaan

Masalah banjir berlaku di Lembah Ukong 4 kali setahun

Untuk itu Majlis Tertinggi bersetuju dengan cadangan agar NDP menyediakan satu kertas kerja yang mengariskan secara komprehensif langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang perlu di ambil oleh pihak kerajaan bagi menangani isu banjir yang di hadapi penduduk Lembah Ukong sebanyak 4 kali setahun.

Kertsa kerja tersebut akan juga membentangkan pandangan-pandangan dan cadangan-cadangan akar umbi terutama penduduk-penduduk yang telah tinggal turun temurun di kawasan-kawasan yang sering di landa banjir berhubung isu yang sama.

Objektif akhir cadangan ialah untuk mempastikan Lembah Ukong di transform menjadi sebuah lembah pertanian yang subur di mana penduduk-penduduk dapat merasakan nikmat hidup yang lebih sejahtera dan hidup dalam suasana yang lebih kondusif untuk mereka meningkatkan tahap dan taraf kehidupan dalam semua bidang sejajar dengan penduduk kota.

Di mesyuarat MT tersebut sdr Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP selaku pengerusi mesyuarat mengambil kesempatan melaporkan dapatan awal penyeledikkan NDP ketika menyusur dan bermalam di Lembah Ukong dan persekitarannya pada 12 Februari baru lalu.

Antara lain ahli-ahli NDP di Mukim Ukong, Rambai dan Tanjung Maya yang di temui mencadangkan agar pihak-pihak berwajib mengambil langkah-langkah positif bagi menyelesaikan masalah banjir di kawasan-kawasan yang terbabit sebeberapa segera mungkin seperti yang pernah mereka cadangkan dalam usul yang di angkat di Kongres Agung NDP kali ke-3 tahun lepas.

Berikut di perturunkan petikkan usul tersebut:

Menginsafi bahawa dalam tahun 2008 sahaja daerah Ulu Tutong telah EMPAT KALI dilanda banjir dan banjir yang melanda ini telah banyak membawa kesulitan dan kesengsaraan kepada penduduk sama ada dari segi fizikal atau emosinal,

Menginsafi bahawa banjir yang berulangkali setiap tahun ini sesungguhnya menjejaskan punca pendapatan dan usaha rakyat dan mengakibatkan beban kewangan,

Menginsafi bahawa kejadian banjir yang tidak terkawal menyebabkan rakyat sentiasa hidup dalam kebimbangan dan ketakutan,

Menyedari bahawa pihak-pihak yang berwajib gagal menangani masalah banjir ini dan memberikan perhatian dan bantuan yang sewajarnya,

1. Maka dengan ini, Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ketiga yang bersidang pada hari ini 22 Jun 2008 di Dewan Utama Pusat persidangan Antarabangsa (ICC) Berakas,  Bandar Seri Begawan, mengambil persetujuan dan ketetapan supaya Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan yang berkaitan menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap masaalah yang dihadapi oleh masyarakat di kampong-kampung  luar bandar yang sering dilanda banjir; dan bahawa Kementerian Pembangunan dirayu supaya mengambil tindakan segera dalam melaksanakan projek pendalaman dan pembersihan Sungai Tutong dan anak-anak sungainya yang dipercayai menjadi punca banjir disebabkan air lambat surut; dan bahawa parit dan saliran air hendaklah didalami dan dilebarkan disepanjang jalan dikawasan yang mudah dilanda banjir dengan tujuan dan matlamat untuk mempastikan kejadian banjir tidak berulang lagi sehingga memutuskan perhubungan masuk kekampong atau kerumah-rumah terutama sekali di Lembah Ukong.

Sementara itu ahli-ahli NDP di Mukim Ukong, Rambai dan Tanjung Maya yang di temuramah juga mencadangkan agar pihak-pihak berkenaan mempertimbangkan untuk memindahkan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan yang sering terjejas oleh banjir ke tempat yang lebih selamat dan selesa melalui skim perpindahan negara.

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.