TUTONG 14 FEBRUARI 2009 - TIMBALAN Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan rombongan yang terdiri dari Naib Presiden Tutong, Awang Haji Hanafi bin Haji Mohd Daud serta beberapa orang ahli Majlis Tertinggi parti dan ahli-ahli lain Khamis kelmarin bermalam di Mukim Rambai untuk meninjau secara lebih dekat kemaslahatan ahli-ahli dan penduduk di Mukim Ukong dan Rambai yang setiap empat kali setahun menghadapi masalah banjir.
Sdr Mahmud Morshidi Othman dan romobongan bermalam di rumah keluarga Dayang Gerinum binti Marikan di Kampong Kuala Ungar Mukim Rambai.
Semasa berada di sana dan dalam suasana santai-santai, sdr Morshidi dan Awang Haji Hanafi mengambil kesempatan berbincang-bincang dengan Awang Mohamad Bahjou bin Abdullah Bundan, Pengerusi Jawatankuasa Menyusur Desa dan Awang Gandu, Ketua Ranting Ukong 2 serta beberapa orang ahli di Ukong mengenai dengan masalah yang sering di hadapi oleh penduduk-penduduk di pendalaman yang sering menghadapi masalah banjir serta harapan anak kampong yang dahagakan kehidupan yang lebih sejahtera dan selesa.
Selesai menikmati makan malam, rombongan berjalan kaki meunju ke rumah Awang Damit Saleh, seorang tua yang telah berumur lebih 100 tahun.
Rumah beliau terletak di Jalan Kuala Ungar Merimbun kira-kira 15 minit perjalanan dari rumah Dayang Gerinum.
Awang Damit di tahun 1962 merupakan salah seorang Yang Berhormat wakil rakyat di Dewan Mesyuarat Daerah Tutong.
Ketibaan rombongan di sambut mesra oleh ahli keluarga beliau dan beberapa orang ahli parti serta penduduk di persekitaran tersebut.
Di sesi muzkarah tersebut Awang Damit walaupun sudah lanjut usia namun masih bersemangat dengan membentangkan banyak pendapat mengenai dengan kemaslahatan penduduk-penduduk pendalaman terutama di bidang pertanian. Sesi muzkarah berakhir kira-kira jam 11.30 malam.
Di sebelah paginya rombongan bergerak untuk meninjau keadaan Kilang Sagu di Kampong Ukong yang diusahakan oleh salah seorang ahli parti. Kilang Sagu terbesar di Brunei itu juga turut terjejas oleh kejadian banjir yang melanda negara seminggu lepas.
Dari Kilang Sagu rombongan bergerak menyusur desa sambil meninjau keadaan peparitan dan anak-anak sungai yang tersumbat dan kurang pemuliharaan di Mukim Ukong dan Rambai.
Juga turut di tinjau ialah sawah-sawah padi kepunyaan ahli-ahli parti dan penduduk yang turut terjejas di landan banjir.
Sebelum mengakhiri lawatan, sdr Morshidi dan rombongan singgah ke rumah Awang Mohd Hasan bin Tawar, seorang mualaf yang tinggal di sebuah pondok buruk bersama keluarga seramai 9 orang.
Di sesi lawatan tersebut sdr Morshidi dan rombongan mendegarkan kelohan Awang Mohd Hasan yang sudah pun daif malah terasa terpinggir oleh di sebabkan kurang pemedulian dari pihak-pihak berwajib yang lebih selesa membuat keputusan dari kantor berhawa dingin dari turun padang untuk meneliti keadaan sebenar yang di hadapi oleh pemohon-pemohon bantuan kebajikkan masyarakat.