Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Mangsa sistem pengurusan masalah rakyat

BELAIT 21 FEBRUARI 2009 - KEGAGALAN pihak berwajib memulihara dua kawasan perparitan pengaliran air di Sungai Satu dan Sungai Satu Setengah di percayai antara punca utama penyebab banjir sehingga memasuki kawasan rumah beberapa penduduk di persekitarannya.

Ahli NDP, Awang Bohari bin Suntai, 58 tahun ketika memberitahu Aspirasi-NDP, enam tahun lalu dia pernah menghadapkan surat ke Jabatan Daerah Belait untuk meminta kerjasama jabatan itu membuat pembersihan perparitan di kedua-dua kawasan sungai tersebut.

Tetapi malangnya, katanya Awang Bohari, permohonannya tidak di layan dengan sewajarnya. Dan akhirnya beliau dan keluarga serta penduduk-penduduk lain menjadi mangsa banjir yang sepatutnya dapat di elakkan.

“Saya pasti perparitan di kawasan dua batang anak sungai itu jika dibersihkan akan dapat membantu masalah kami yang tinggal berdekatan kawasan sungai itu daripada sering mengalami air naik tinggi ke dalam rumah".

"Akan tetapi akibat pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kepada sungutan kami, orang seperti saya yang serba kekurangan dan tidak berkemampuan terpaksa menghadapi banyak kerugian dengan kerosakkan lantai dan dinding rumah serta harta benda dalam rumah” katanya.

Sejak keadaan cuaca hujan turun berterusan akhir tahun lalu dan awal tahun ini rumah Awang Bohari, di Sungai Satu Kampung Sungai Teraban telah dimasuki air sehingga pergelangan kaki dan yang paling teruk adalah kejadian pada 31hb Januari lalu menyebabkan air naik ke dalam rumahnya sehingga ke paras lutut menyebabkan banyak barangan yang disimpan di tingkat bawah rumah mereka mengalami kerosakkan.

Rumah dua tingkatnya buatan papan di bahagian atas dan kongkrit di bahagian bawah sudah di diami sejak 50 tahun lalu dibina hasil pendapatannya sebagai seorang Nelayan yang tidak menentu melihat daripada keadaan cuaca, kesihatannya dan sebagainya.

Menurutnya selama sebulan penuh rumahnya itu di naiki air ketika fenomena hujan melanda di negara ini baru-baru ini, seluruh ahli keluarganya seramai tujuh orang termasuk empat cucunya yang masih kecil-kecil terpaksa tinggal di bahagian tingkat atas rumahnya yang juga sudah agak mumut lantainya akibat sering di basahi air hujan yang masuk akibat atap rumahnya yang sudah hampir keseluruhannya rosak dan bocor.

“Setiap kali hujan turun kami terpaksa menadahkan bisin di beberapa buah tempat dalam rumah termasuk bilik tidur dan ruang tamu serta dapur kerana dimasuki air hujan akibat atap yang bocor, begitu juga di bahagian tingkat bawah rumahnya juga terdapat banyak kerosakkan atap siling, dinding dan lantai akibat sering dimasuki air” kata isterinya Hajah Rosni Haji Mohd Noor, pula.

Awang Bohari Suntai, mendakwa pernah mengadukan permasalahan yang mereka hadapi itu kepada Ketua Kampungnya Awang Haji Morshidi, tetapi sehingga ke hari tidak ada sebarang tindakan di ambil oleh pihak-pihak berkenaan.

Akibat kejadian hujan berterusan dan banjir tempo hari soket besar bekalan elektrik rumah Awang Bohari juga turut mengalami kerosakkan kerana basah, dan ketika mereka memanggil Jabatan Letrik untuk membuat pemeriksaan, kakitangan jabatan itu mengarahkan mereka untuk menukarkan soket itu dengan yang baru bernilai hampir $200.00.

Memandangkan ketidakmampuannya Awang Bohari, tidak dapat menggantikan soket yang telah rosak sehingga menyebabkan keluarga itu sehingga hari ini tinggal di dalam rumah itu tanpa bekalan letrik.

“Hampir lebih sebulan saya tidak turun ke laut, ekoran keadaan cuaca tengkujuh baru-baru ini, pendapat saya tidak ada, hanya mengharapkan pencarian kecil-kecilan membantu kawan-kawan menjual ikan di pasar, tetapi beberapa hari yang lalu sejak cuaca sudah mengizinkan saya turun ke laut dari pagi hingga menjelang senja,untuk mendapatkan tangkapan yang lebih buat pendapatan saya menyara keluarga” katanya lagi.

Ketika kunjugan Aspirasi ke rumahnya kira-kira pukul 5:00 petang Awang Bohari juga dikatakan belum pulang kerana berada di pengkalan memunggah ikan, kami hanya disambut oleh isteri dan anak angkatnya serta beberapa orang cucunya.

Melihat keadaan rumahnya memang mengharukan, dengan keadaan lantai dan dinding yang terdapat keretakan, atap dan siling yang rosak di sana sini, lantai yang mumut, tadahan basin di beberapa bahagian rumah dan barangan yang terlonggok bekas mengalami kebanjiran besar baru-baru ini.

Jelas suasana kehidupan keluarga itu memang kurang selesa tambahan pula tanpa bekalan letrik, dapat dibayangkan bagaimanan keadaan keluarga itu di waktu malam, yang hanya diterangi dengan lilin tanpa keselesaan kipas angin mahupun penghawa dingin, tidak boleh menonton televisyen akibat rosak dan banyak lagi masalah dihadapi mereka.

Timbul persoalan, "apakah pandangan orang seperti Awang Bohari tidak dapat diterima pakai, kerana dia orang biasa, tidak berkemampuan dan seorang Nelayan?"

"Aapakah pandangannya tentang perparitan yang tidak sempurna itu tidak tepat? Apakah pandangan beliau bahawa perparitan tersebut perlu dibersihkan segera untuk membolehkan pengaliran air secara lancar menuju ke kawasan laut terletak di kawasan belakang kampung mereka satu pandangan yang kurang tepat?".

Anehnya menjadi perkara lazim apabila kelohan orang-orang seperti ini disuarakan melalui media-media cetak tempatan, wartawannya yang akan segera menjadi sasaran kemarahan pihak-pihak tertentu, agensi-agensi Kerajaan yang seperti “siapa termakan lada dia terasa pedas”.

Sepatutnya bukan pihak media yang dipersalahkan, yang penting perkara yang disiarkan, diselidiki dengan penuh perihatin dan bantuan segera harus diberikan, bagi mencapai hasrat Kerajaan yang memengan konsep “Tekad Pemedulian Orang Ramai” (TPOR) yang sentiasa di laung-laungkan.

Pengaliran air untuk dua batang anak sungai itu bukanlah besar sangat jika dibanding dengan penderitaan yang terpaksa di tanggung oleh penduduk yang kurang berkemampuan dengan pendapatan yang tidak menentu.

Jika sekiranya masih khuatir bajet terjejas, kenapa tidak Institusi Majlis Perunding Mukim yang dipengerusikan oleh Penghulu dan Majlis Perundingan Kampung yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung melaksanakan kerja muafakat memucang-mucang membersihkan semak samun yang terdapat di setiap perparitan di kampung berkenaan(HSK).

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.