Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

KEKEJAMAN BERTERUSAN YAHUDI

Berdasarkan satu bancian politik yang dilakukan oleh sebuah akhbar di Israel terhadap siapakah yang berkemungkinan besar akan mengambil alih teraju kepimpinan politik Israel melalui pilihan raya 10 Februari ini, jelas nama Benjamin Netanyahu kini berada di senarai teratas.

Beliau yang pada masa ini merupakan pemimpin Parti Likud dan ketua pembangkang di Parlimen Israel, diramal akan memenangi 28 kerusi daripada keseluruhan 120 kerusi parlimen dan dijangka akan dilantik menjadi Perdana Menteri dengan gabungan beberapa parti berhaluan kanan lain yang dikatakan tidak bermasalah untuk mengumpulkan sekitar 65 kerusi. Parti Likud pada masa ini menguasai 12 kerusi di Knesset (Parlimen Israel).

Pencabar terdekat beliau dari Parti Kadima yang memerintah, Tzipi Livni, yang pada masa ini adalah Menteri Luar Israel, dijangka akan sekadar berpeluang untuk menang sekitar 23 kerusi berbanding 28 kerusi yang dimilikinya sekarang. Parti-parti berhaluan kanan yang dijangka akan bergabung dengan Parti Likud ialah Parti Beiteinou yang dipimpin oleh Avidgor Lieberman, seorang anggota parlimen, dan Parti Buruh pimpinan Menteri Pertahanan, Ehud Barak.

Berdasarkan perkiraan yang ada sekarang, nampak hampir pasti Benjamin Netanyahu akan sekali lagi kembali menerajui kepimpinan politik Israel. Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan Perdana Menteri iaitu dari tahun 1996 hingga 1999.

Semasa menjadi Perdana Menteri Israel dahulu, Netanyahu terkenal dengan beberapa dasarnya yang bersifat bermusuhan terhadap rakyat Palestin. Dasar beliau antara lain termasuklah mempertahankan pendudukan tentera dan rakyat Yahudi di Genting Gaza, tidak mahu berunding apa-apa dengan Palestin berkaitan Baitulmaqdis dan tidak mahu mana-mana perundingan antara Israel-Palestin dibuat secara bersyarat.

Selepas kalah di tangan Ehud Barak bagi jawatan Perdana Menteri dalam tahun 1999, Netanyahu buat sementara waktu mengumumkan untuk berehat dari politik. Bagaimanapun, dalam tahun 2003, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan di bawah kerajaan campuran pimpinan Perdana Menteri Ariel Sharon. Semasa berada di jawatan itupun, beliau terus mengambil pendirian yang bersifat anti Palestin dengan tidak mengiktiraf hasrat dan Hak rakyat Palestin untuk mempunyai sebuah negara sendiri yang berdaulat.

Dalam tahun 2004, beliau membuat ancaman untuk meletakkan jawatan sekiranya keputusan mengundurkan tentera dan penduduk Yahudi dari Gaza tidak dibuat secara pengutan suara ramai (referendum). Dalam bulan Ogos, 2005, sebaik selepas kabinet Israel meluluskan rancangan pengunduran tentera dan penduduk Yahudi dari Gaza, Netanyahu meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan sebagai membantah keputusan pengunduran itu.

Netanyahu semasa menjadi Perdana Menteri juga pernah berikrar akan meneruskan dasar untuk menguasai Tebing Barat dan membiarkan “pertumbuhan penempatan haram Yahudi secara semulajadi”. Ungkapan tersebut adalah merujuk kepada pembinaan perumahan baru bagi menampung pendatang Yahudi di Israel.

Apa yang membimbangkan kita ialah kedudukan Bandar Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa yang mungkin akan terancam sekiranya aktiviti penempatan penduduk Yahudi di kawasan Jurusalem Timur terus meluas. Pihak berkuasa Palestin menganggarkan sehingga pertengahan tahun 2008 sahaja, sebanyak hampir 50,000 unit perumahan telah diluluskan oleh pihak berkuasa Israel dengan melibatkan kira-kira 30 kawasan penempatan baru.

Akibat dari adanya penempatan tersebut, pertambahan penduduk Yahudi telah meningkat dengan begitu cepat. Pada masa ini dianggarkan hampir 280,000 penduduk Yahudi telah mula menetap di wilayah Jurusalem Timur berbanding dengan bilangan penduduk Palestin kira-kira 260,000 orang, sekaligus menjadi minoriti di wilayah sendiri.

Apa yang membimbangkan kita ialah berikutan meningkatkan pengaruh Israel di wilayah Jurusalem Timur itu, kuasa politik tawar menawar di pihak Palestin dijangka akan menjadi lemah. Ini termasuklah usaha di pihak berkuasa Palestin untuk merundingi hak bagi menjadikan Jurusalem Timur sebagai ibu kota Palestin.

Demikian juga dengan kehidupan seharian rakyat Palestin di wilayah berkenaan, dijangka akan semakin susah berikutan adanya perancangan di pihak berkuasa Israel untuk membina beberapa bua lagi pintu masuk antara Israel-Jurusalem Timur. Sebagaimana keadaannya di Semenanjung Gaza, pembinaan pintu masuk berkenaan sudah pasti akan menghadkan pergerakan penduduk Palestin selain akan mendedahkan penduduk Palestin kepada tekanan dan penginayaan di pihak regim Israel.

Pihak berkuasa Israel juga turut mengukuhkan kedudukannya di wilayah Jurusalem Timur dengan mewujudkan berpuluh-puluh pengkalan tentera Israel kononnya demi untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk Yahudi di wilayah berkenaan. Mereka selain itu, turut membina jalan-jalan raya khusus ssbagi kegunaan penduduk Yahudi bagi memudahkan perjalanan antara Jurusalem Timur dengan Israel. Penduduk Palestin tidak dibenarkan menggunakan jalan raya berkenaan, sebaliknya terpaksa menggunakan jalan-jalan lama yang sedia ada yang bukan sahaja lebih jauh malah tidak dijaga dengan sempurna.

Pihak berkuasa Israel selain itu turut merampas sewenang-wenangnya tanah penduduk Palestin kononnya bagi tujuan pembinaan pagar keselamatan dan untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian. Tanah-tanah berkenaan akhirnya jatuh begitu sahaja ke tangan penduduk Yahudi dari kalangan kumpulan pendatang.

Ini adalah antara senario yang sebenarnya amat memanaskan hati dan mata kita untuk menatapnya, lebih-lebih lagi sekiranya Netanyahu kembali menerajui tampuk kepimpinan politik Israel. Jika tidakpun Netanyahu, mungkin Tzipi Livni yang setakat ini mengikut dengan begitu rapat populariti Netanyahu.

Dari sudut dasar dan pendekatan mereka terhadap Palestin dan negara-negara Arab, kedua-duanya tetap serupa – iaitu dengan melihat Israel sebagai lebih berkuasa dan berhak melakukan apa sahaja tanpa ada mana-mana pihak yang mampu menegur, jauh sekali menghentikan cita-cita dan kekejaman mereka.

Tidak terhad kepada persoalan Palestin sahaja, Netanyahu malah baru-baru ini secara sombong menyatakan bahawa misi pertamanya sekiranya dipilih menjadi Perdana Menteri ialah untuk “menghalang ancaman nuklear Iran”.

Ketika ditanya apakah hasrat menghentikan program nuklear Iran itu termasuk melakukan serangan tentera, beliau secara angkuh menyatakan “Ia termasuk semua yang perlu bagi merealisasikan kenyataan ini”.

Kita sudah tentunya merasa amat kesal dan terkilan bilamana dunia antarabangsa, lebih-lebih lagi kuasa besar seperti Amerika tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tindakan ketenteraan Israel yang berterusan melancarkan pengebomannya ke atas beberapa kawasan di Gaza sehingga hari ini. Lebih kesal lagi ialah Negara-negara umat islam dilihat begitu takut kepada Israel dan sekutunya melebihi dari takutkan Allah Yang Maha Berkuasa.   

Kini Israel menggunakan isu terowong untuk meneruskan keganasannya keatas Gaza dan penduduknya. Tindakan tersebut yang didakwa bertujuan untuk memusnahkan terowong-terowong yang dibina oleh penduduk Palestine bagi menyeludup masuk senjata ke wilayah Gaza adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita terima.

Apakah benar terowong berkenaan digunakan bagi tujuan menyeludup senjata? Jika benar, mana buktinya? Jika benar terowong-terowong itu digunakan untuk menyeludupkan senjata, tentulah senjata seludup yang digunakan oleh HAMAS didalam peperangan itu akan meletakkan kekuatan pertahanan  HAMAS  pada kedudukan yang lebih baik untuk mencabar tentera penceroboh Israel.

Yang jelas pada kita ialah terowong tersebut dibina bagi membolehkan rakyat Palestine membawa masuk makanan dan ubatan setelah bekalan bahan-bahan tersebut disekat daripada memasuki wilayah Gaza oleh pihak berkuasa Israel!.

Justeru itu apakah kita boleh tidur lena setelah melihat adanya potensi di mana rakyat Palestine berkemungkinan akan diganyang dengan lebih teruk lagi sekiranya Israel kelak kembali berada di bawah pemimpin Netanyahu yang mabuk darah rakyat Palestine itu?.

Inilah antara cabaran terkini yang menuntut perhatian kita. Setidak-tidaknya, disamping  kita memasang niat simpati  dan solat hajat yang menjadi senjata terakhir orang mukmin itu, maka benarkanlah kami (NDP) berkumpul, berteriak untuk mengutuk kekejaman Yahudi tersebut semoga laungan-laungan takbir dan anti Israel itu akan didengari oleh Allah, bahawa kita bukanlah terdiri dari mereka yang bersekongkol dengan kezaliman yang menjadi kemurkaan Allah yang empunya alam ini. Wallah a’alam - (mmo)

 
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Mahmud Morshidi Othman

Setiausaha Agung

Hj. Aminorashid Hj. Ghazali






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.