Walau hujan latihan diteruskan

 
 

LIMBARUH HIJAU 17 FEBRUARI 2008 - WALAU pun hujan namun ia tidak mematahkan semangat ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk meneruskan latihan perbarisan Hari Kebangsaan yang telah diadakan di Taman Sultan Haji Omar Ali Saifuddien di pusat Bandar Seri Begawan kelmarin.

Latihan kelmarin merupakan latihan penuh pertama yang menyaksikan hampir keseluruhan pasukan-pasukan yang akan menyertai upacara perbarisan itu nanti hadir untuk membuat latihan.

Lebih 200 ahli-ahli NDP yang akan menyertai upacara perbarisan Hari Kebangsaan akan datang telah menghadirkan diri di latihan tersebut. Juga hadir ialah Pengiran Haji Shahminan Pengiran Haji Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Pasukan NDP dan anggota-anggota JK yang lain.

NDP akan menghantar pasukan lebih 500 orang ahli-ahlinya untuk menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan negara kali ke 24 ini yang akan berlangsung pada 23 Februari 2008 di Taman Sultan Haji Omar Ali Saifuddien.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.