LIMBARUH HIJAU 1 FEBRUARI 2008 - KEJADIAN penculikkan kanak-kanak damit di Malaysia bukan sahaja membimbangkan rakyat dan penduduk di negara jiran tersebut malahan juga turut merisaukan kita di Brunei.
|
Pada bulan Ogos 2006 Nurin Jaslin Jazimin berumur 8 tahun diculik dan dibunuh dengan kejamnya.
Pada Januari tahun lepas seorang lagi kanak-kanak damit hilang. Sharlinie Mohd Nashar berumur 5 tahun dipercayai diculik semasa bermain di Taman Permainan berdekatan dengan rumahnya di Taman Dato Harun di Petaling Jaya dan sehingga ke hari ini belum lagi ditemui.
Sebelum kejadian itu, di Kampung Sepakat, Taman Medan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun juga telah diculik oleh seorang penunggang motosikal yang tidak dikenali. Kanak-kanak itu kemudian dijumpai selamat sedang mundar mandir di Wangsa Maju, Setapak.
Kejadian-kejadian peculikkan kanak-kanak ini terutama sekali
|
dengan kehilangan Sharlinie yang belum lagi ditemui sehingga kini menyatupadukan seluruh rakyat dan penduduk Malaysia dalam inisiatif mencari Sharlinie dan mengambil langkah pencegahan untuk melindungi kanak-kanak damit di Malaysia dari perbuatan jahat dan kejam penculik atau penculik-penculik yang tidak berperikemanusiaan itu.
Kita di Brunei turut risau dengan kejadian-kejadian penculikkan tersebut dan berdoa agar Shirlinie selamat dan dapat kembali ke pangkuan keluarganya.
Dalam masa sama kita juga ingin mengongsikan panduan berikut dipetik dari sebuah buku kecil yang diedarkan kepada kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.
Buku kecil ini diterbitkan dengan kerjasama Kumpulan Perbankan RHB, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya bertujuan memberi panduan kepada murid-murid sekolah, ibubapa dan para guru tentang cara untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Semoga panduan yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada sekalian pembaca. Insya Allah.