LIMBARUH HIJAU 17 FEBRUARI 2008 - SELURUH anggota NDP mengucapkan setinggi tahniah kepada tokoh seni Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah mendapat anugerah 'Wira Berjasa' dari Persatuan Belia Belait (PEMBELA).
Awang Mahdi Haji Mohd Suhaili, Pengarah di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan dalam Biro Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan NDP telah mendapat anugerah tersebut di Majlis Simpulan Kasih anjuran PEMBELA.
|
Beliau diberikan anugerah tersebut sebagai penghargaan keatas sumbangan-sumbangan besar beliau bukan sahaja kepada PEMBELA malahan kepada negara.
Belaiu yang mempunyai kebolehan dalam bidang seni muzik, tarian, seni mempertahankan diri dan graphic design telah banyak menghasilkan karya seni dan lagu-lagu antara nya lagu patriotik 'Sumpah Belia' dan lagu 'Semangat Waja' yang sering dikumandangkan di radio da televisyen negara serta di upacara-upacara rasmi.
Beliau merupakan ahli veteran PEMBELA dan sekarang bergiat aktif meneruskan
|
perjuangan membina dunia seni dan warisan tanah air melalui pelantar NDP. Antara karya seni yang disumbangkan kepada NDP ialah lagui patriotik 'Demi Brunei Tercinta' dan 'Sang Setia'.
Majlis yang julung-julung kali diadakan oleh PEMBELA berlansgung di Dewan Kemasyarakatan Kampong Pandan semalam.
Pengiran Mohamad Pengiran Said, Ketua Penerangan dan Hal Ehwal Awam NDP yang juga merupakan orang lama dalam PEMBELA diberikan penhormatan menyampaikan anugerah tersebut kepada Awang Mahdi sambil disaksikan oleh Dr Haji Harun Mokti, Yang Di-Pertua PEMBELA.