Syarikat Perniagaan Melayu Kuala Belait sumbang derma kepada HAWA

 
 
Himpunan Wanita Pusat Parti Pembangunan Bangsa (Hawa) hari ini telah menerima sumbangan kebajikkan dari Syarikat Perniagaan Melayu Kuala Belait yang di Pengerusikan oleh Awang Haji Mohd Yunus bin Haji Suhaili.
Sumbangan kebajikkan dari syarikat tersebut sejumlah $1,000.00 telah di serahkan oleh Awang Haji Mohd Yunus, Ketua Hal Ehwal Agama Islam Parti Pembangunan Bangsa kepada Ketua Himpunan Wanita Pusat Dyg Hajah Saemah bte Haji Kepli di pejabatnya.
 
Penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Hawa Pusat Dyg Halimah bte Janai dan Setiausaha Hawa Pusat Dyg Safiah binti Haji Zaini.
 
Awang Haji Mohd Yunus berharap dengan adanya sumbangan itu nanti, Hawa Pusat akan dapat
meneruskan kegiatan-kegiatan berkebajikannya terutama dalam membantu ibu-ibu tunggal NDP yang tidak mempunyai sebarang pendapatan tetap supaya sedikit sebanyak akan dapat meringgankan beban yang mereka tanggung.
Sementara itu Ketua Hawa Pusat dan Timbalannya juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kaseh atas sokongan yang telah diberikan oleh syarikat itu kepada Hawa NDP.
 
Sumbangan kebajikkan dari syarikat tersebut merupakan kali yang kedua diberikan kepada Hawa Pusat dan dalam sumbangannya yang pertama di buat pada tahun 2006 sejumlah $500.00 dan wang itu telah dimasukkan ke dalam kutipan untuk projek Kembali Ke Sekolah dan Sumbangan Derma Anak Yatim Kebangsaan yang telah dilaksanakan Hawa Pusat pada tahun lalu.
 
Hawa Pusat telah menyumbangkan derma bagi Tabung Anak-Anak Yatim di keempat-empat daerah pada tahun lalu, sementara itu dalam Projek Kembali Ke Sekolah telah menyumbangkan voucer untuk membeli peralatan persekolahan dan beg sekolah kepada seramai 54 orang kanak-kanak sekolah di kalangan anak-anak ibu-ibu tunggal NDP pada penghujung tahun lalu.
 
Hawa Pusat berharap projek-projek berkebajikan mereka akan dapat diteruskan pada tahun ini dan pada tahun-tahun berikutnya melalui program-program yang telah disusun dan akan dilaksanakan secara berkesan.
 
 

 

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.