BENCANA BANJIR TEMBURONG

Sumbangan untuk ahli-ahli NDP Temburong

 
 

TEMBURONG 13 FEBRUARI 2008 - AHLI-AHLI NDP yang turut terjejas oleh bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Daerah Temburong mendapat sumbangan bantuan berupa makanan dan barang keperluan seharian yang lain dari rakan seperjuangan kelmarin.

Ketua Jawatankuasa Kebajikkan Masyarakat, Dayang Hajah Armah Haji Othman dan beberapa orang ahli-ahli jawatankuasanya berangkat ke Temburong untuk menyerahkan sumbangan derma tersebut kepada mereka.

Juga turut sama untuk menziarahi rakan seperjuangan seramai 5 buah keluarga yang turut terjejas dalam bencana banjir tersebut ialah Awang Haji Hanafi Hj Md Daud, Naib Presiden Tutong dan ahli-ahli Majlis Trtinggi dari Tutong.

Daerah Temburong terjejas teruk oleh banjir ekoran

hujan lebat pada 8 Februari dan awal pagi 9 Februari lalu.

Kelmarin keadaan beransur pulih. Paras air di beberapa kawasan terjejas semakin surut serta kemudahan yang terjejas seperti bekalan elektrik kembali disalurkan dan jalan raya yang ditenggelami oleh air kini selamat dilalui.

Perkhidmatan feri yang menghubungkan Daerah Temburong ke Limbang, Sarawak mula beroperasi lewat petang semalam setelah terpaksa dihentikan selama dua hari hingga menyebabkan ratusan kenderaan terkandas di kedua-dua belah sungai.

Banjir yang melanda daerah Temburong itu menjejaskan kira-kira 260 buah rumah di lima mukim menyebabkan penduduk di kawasan itu mengharungi kesusahan kekurangan bekalan makanan, terputus bekalan elektrik dan kerosakan harta benda.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.