Selamat menyambut Tahun Baru Cina

 
 

LIMBARUH HIJAU 7 FEBRUARI 2008 - PRESIDEN dan seluruh ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada ahli-ahli NDP dari kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Lebih 80 orang rakyat Brunei berbangsa Cina dari seluruh negara telah menjadi anggota NDP sejak ianya ditubuhkan pada 31 Ogos 2005.

Kelmarin NDP melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum telah menghadiahkan 'hampers' Tahun Baru Cina kepada 20 orang anggota NDP berbangsa Cina yang merayakan hari besar mereka yang jatuh pada hari ini.

Dayang Hajjah Kartini OKDPS Abang Haji Abu Hanifah, Pengerusi Bersama JK Hubungan Antara Kaum menyampaikan sebanyak 8 bungkusan hampers kepada Awang Sulaiman Metarasad, Naib Presiden NDP Belait merangkap Ketua Perhubungan untuk diagihkan kepada seramai 8 orang ahli-ahli NDP berbangsa Cina di Belait.

Bagi Daerah Tutong, Awang Peter Saging, juga Pengerusi Bersama JK Hubungan Antara Kaum pula menyampaikan sebanyak 12 bungkus hampers kepada Awang Haji Hanafi Haji Mohd Daud, Naib Presiden NDP Tutong merangkap Ketua Perhubungan untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli bangsa Cina di Tutong.

Sementara itu disebelah malamnya Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman bersama Awang Haji Hanafi Haji Mohd Daud berserta ahli-ahli Perhubungan NDP Tutong yang lain berkunjung ke rumah Awang Hong Ching Onn, salah seorang ahli NDP di Kiudang Tutong yang menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan majlis makan malam diperkarangan rumahnya.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.