23Februari 2008- KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyeru kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk untuk sama-sama menjadikan Negara Brunei Darussalam bebas jenayah demi untuk menyelamatkan genarasi muda sebagai tunas bangsa dari kehancuran.
Menurut titah Baginda Sultan belia Brunei sekarang yang merupakan tunas bangsa sedang menghadapi ancaman penyakit sosial yang kritikal.
Ianya perlu diubati untuk menyelamatkan tunas bangsa dari kehancuran. tegas Baginda Sultan dalam titah perutusan sempena Hari Kabangsaan Negara yang ke 24.
"Beta menyambut baik tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu tunas bangsa. Apa erti tunas?
Jika bagi tumbuhan ia adalah sesuatu yang baru tumbuh atau baru bercambah. Jadi tunas bangsa itu tentu sahaja maksudnya golongan muda atau golongan belia bangsa".
"Mengapa kita julang tunas bangsa sebagai tema? Apa tujuannya?"
Tujuannya, tegas Baginda Sultan, ialah kita ingin menekankan bahawa golongan muda atau golongan belia itu mempunyai nilainya yang tersendiri untuk diambil manafaat oleh bangsa dan Negara.
"Belia adalah aset Negara kerana itu agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberi fokus", tambah Baginda Sultan lagi.
"Mereka yang dibangun itu akan menjadi cermin kepada corak kempimpinan masa depan yang penuh dengan teka teki".
"Jika mereka baik maka kita bolehlah tersenyum lega tetapi jika mereka akan menjadi insan yang cair moral maka akan merintihlah Negara memikul bebannya".
Inilah yang merisaukan kita, jelas Baginda sambil menambah di hadapan kita sedang terpapar tanda-tanda yang tidak menyenangkan.
Menurut Baginda Sultan statistik telah menjelaskan bahawa pada tahun 2007 sahaja sebanyak 732 tangkapan kerana meyalahgunakan dadah telah dilakukan yang melibatkan 606 lelaki dan 126 orang perempuan.
Tiah Baginda dari jumlah ini 649 orang adalah warga tempatan, 35 penduduk tetap dan selebihnya adalah warga asing.
"Kemudain paling mengejutkan ialah majoriti penagih seramai 664 orang adalah orang Melayu Cuma 27 Cina dan selebihnya bangsa lain", titah Baginda Sultan lagi meluahkan rasa kesalnya.
"Tidak kah ini satu cerita malang kepada bangsa? Dimanakah tunas bangsa? Di mana generasi pemimpin yang bakal lahir 20, 30 tahun akan datang dari kalangan tunas bangsa itu?"
"Bolekah mereka lahir selaku pemimpn ungul jika dari tiunas lagi mereka telah lemah dilemahkan oleh dadah".
Selain itu, tegas Baguinda Sultan, satu fenomena lain yang juga turut merisaukan kita ialah meningkatnya indek jenayah.
"Ini juga adalah menjadi beban yang berat kepada Negara.
Menurut data tangkapan terhadap pelbagai kes adalah meningakat sehingga 23 peratus".
"Jenayah yang paling kerap berlaku dalam 3 tahun kebelakangan ini ialah jenayah curi iaitu pada tahun lalu sahaja ada sebanyak 443 kes berbanding tahun 2006 sebelumnya sebanyak 359 kes ini tidak termasuk kes-kes jenayah lain".
"Tetapi ada lagi laporan mutakhir menyebut bahawa jenayah harta benda adalah paling banyak dilaporkan iaitu sebanyak 2030 kes atau 60 peratus dari keseluruhan indek kes jenayah sementara jumlah total kes jenayah yang telah dicatit pada tahun 2007 ialah 4519 kes".
"Laporan juga seterusnya menyebut bahawa jenayah kekerasan rompak menunjukkan peningkatan sebanyak 100 peratus".
"Para penjenayah adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berumur antara 19 dan 35 tahun termasuk 57 orang adalah penuntut."
"Jenayah yang bertambah adalah satu perkara sementara pelakunya pula yang terdiri dari para belia adalah perkara yang lain lagi", titah Baginda Sultan lagi.
"Siapakah belia-belia ini kalau bukan yang kita panggil tunas bangsa.
Tunas bangsa telah menjadi penjenaya . Ini kah dia tunas bangsa itu?", tegur Baginda Sultan
Justeru titah Baginda Sul;tan kita janganlah hanya sedap dan seronok menyebut statistik-statistik jenayah dan bermegah dengan slogan tunas bangsa.
"Tetapi yang penting kita mesti tumpaskan jenayah apapun bentuknya untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk serta juga supaya para pelancong dan pelabur tidak akan takut-takut untuk datang ke Negara ini", titah Baginda Sultan.
Baginda dalam titah tersebut menyeru agen-agen pembawa perubahan seperti institusi keluarga, institusi pendidikan, dakwah, media dan lain-lainnya untuk melihat perkara ini dengan keinsafan yang mendalam supaya dapat sama-sama fokus bagaimana mengubat dan melahirkan moral insan yang berkuaiti.
"Sementara para tunas bangsa pula mestilah betul-betul menjadi tunas yang sihat yang turut berusaha mengwujudkan Negara Brunei Darussalam yang bebas jenayah", seru Baginda Sultan.
"Inilah patriotisme sejati dimana kita semua sepatutnya sama-sama menjadi penyelamat", tegas Baginda Sultan.
Menurut Baginda Sultan lagi disamping memberikan perhatian kepada hal ehwal dalaman kita juga akan terus meningkatkan hubungan baik dan persefahaman dengan Negara-negara sahabat serta berkerjasama pada mengukuhkan kestabilan politik, eknomi dan sosial sejagat.
"Kita juga insya Allah akan terus aktif dalam menjadikan rantau ASEAN sebagai sebuah rantau yang dinamik dan kompetitif disampin turut menjajikan kualiti hidup yang tinggi bagi penduduknya", titah Baginda Sultan.