13 FEBRUARI 2008 - PRESIDEN NDP Isnin baru ini telah menghadiri majlis sambutan Hari Kebangsaan Republik Islam Iran yang ke-29 tahun di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Kedutaan Besar Republik Islam Iran di Brunei.
|
Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP dan Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan Keamanan juga turut hadir di majlis tersebut yang juga dihadiri oleh para Pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta, pembesar-pembesar negara dan jemputan khas lain.
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II |
Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng
diundang selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut.
Kehadiran Pehin Lim Jock Seng dialu-alukan oleh Duta Besar Iran di Brunei Darussalam Abolfazl Khazaee.
Pada awal majlis jemputan dan hadirin memberikan penghormatan kepada lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan Iran dan diikuti dengan ucapan Duta Besar Iran di Brunei Darussalam yang antaranya menyentuh mengenai hubungan
kerjasama antarabangsa yang baik dan erat antara Brunei dan Iran seperti yang dilihat dalam pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setelah itu Pehin Dato Seri Setia Lim Jock Seng berkesudian memotong kek sambutan hari kebangsaan republik itu bersama-sama Duta Besar Iran di Brunei Darussalam Abolfazl Khazaee.