Persiapan Hari Kebangsaan

 
 

LIMBARUH HIJAU 21 FEB 2008 - WALAUPUN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) hanya di bolehkan mengibarkan sehelai 'Sang Setia' bendera rasmi parti namun usaha untuk menceriakan kawasan bangunan Limbaruh Hijau, markas pusat parti d Jerudong dengan hiasan-hiasan bendera negara dan banner Hari Kebangsaan tetap dilaksanakan.

NDP pada tahun ini seperti dikehendaki telah memohon kepada pihak ROS agar dibenarkan menghias di persekitaran markas dengan bendera-bendera negara dan beberapa helai Sang Setia sempena sambutan Hari Kebangsaan negara kali ke 24.

Sang Setia adalah lambang kesetiaan seluruh ahli-ahli parti kepada raja, negara dan bangsa justeru objektif NDP mengibarkan beberapa helai bendera Sang Setia bersama-sama bendera negara ialah untuk memashorkan kesetiaan kepada negara dan bangsa di kesempatan sambutan Hari kabangsaan negara kali ke 24 ini.

Sedihnya NDP setakat ini hanya di benarkan mengibarkan sehelai sahaja.

Walau pun demikian persekitaran markas tetap juga di hias dengan bendera-bendera negara dan banner khas sambutan Hari Kebangsaan.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.