Peluang eratkan hubungan antara kaum

 
 
UKONG 8 FEBRUARI 2008 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) tidak mengambil ringan hubungan mesra dan harmoni antara kaum yang telah sekian lama wujud di negara ini terutama hubungan persaudaraan yang erat antara masyarakat Melayu Brunei dengan masyarakat Cina Brunei..

Justeru sempena Tahun Baru Cina yang sedang dirayakan dengan meriahnya oleh masyarakat Cina di negara ini memberikan peluang keemasan kepada kepimpinan dan ahli-ahli NDP yang lain untuk tidak dabaikan dalam usaha berterusan mengeratkan lagi ikatan silatulrahim yang sedia wujud itu.

Kelamrin Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman berserta beberapa ahli-ahli Perhubungan NDP Tutong meluangkan masa berkunjung ke rumah-rumah beberapa orang ahli-

ahli NDP berbangsa Cina di Ukong, Tutong yang mengadakan hari rumah terbuka sepmena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Terbokti kunjungan rombongan NDP sangat menyentuh hati ahli-ahli NDP berbangsa Cina di Ukong. Mereka jelas berbesar hati dengan kesudian Timbalan Presiden dan rombongan meluangkan masa menziarahi mereka sempena mereka meayakan hari raya mereka pada tahun ini.

Sebagai tanda kasih, rombongan juga menghadiahkan mereka dengan hampers Tahun Baru Cina yang disampaikan kepada kepala-kepala keuarga yang dikunjungi.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.