Mengimbas kemajuan sejak merdeka

 
 

LIMBARUH HIJAU 20 FEBRUARI 2008 - DALAM tiga hari lagi Negara Brunei Darussalam akan merayakan sambutan Hari Kebangsaan nya bagi kali ke 24.

Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan disetiap tahun adalah satu peluang bagi rakyat dan penduduk memperingati detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan penuh dan mendapatkan kembali kedaulatan dan hak untuk menentukan nasib sendiri dari genggaman Kerajaan Ratu Inggeris yang telah mula bertapak di bumi Brunei pada 1888.

Sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan pada setiap 23 Februari juga merupakan pelantar bagi seluruh lapisan rakyat termasuk golongan Istana dan golongan elit pentadbir membaharui tekad dan semangat kenegaraan dan kesatuan untuk memacu negara dan bangsa kearah puncak kejayaan mengemilangkan bangsa dan negara yang sudah merdeka selama 24 tahun yang lalu.

Berbagai-bagai macam tema dan berbagai-bagai rupa logo Hari Kebangsaan telah diperkenalkan bagi tujuan memashorkan sambutan Hari kebangsaan sambil menanamkan semangat kesedaran bernegara dan berbangsa, semangat nasionalisme dan patriotisme kedalam diri semua lapsan rakyat dan penduduk negara ini.

Pada sambuan Hari Kebangsaan pertama iaitu pada tahun 1985 tema yang dipilih berbunyi 'Bersatu Padu Menghayati Konsep Negara Melayu Islam Beraja' . Di tahun berikutanya tema dipilih ialah Membangun Negara Tanggungjawab Bersama.

Pada 1987 'Bersatu Ke Arah Keamanan Dan Kemajuan' dijadikan tema sambutan Hari Kebangsaan kali ke 3 dan seterusnya pada 1988 tema berbunyi 'Berdisiplin, Cergas, Berbudaya, Negara Bahagia' pula diuar-uarkan sebagai kata-kata keramat Hari kebangsaan kali ke 4.

Pada tahun 1989 pula slogan berbunyi 'Berdikari Meningkatkan Kemakmuran Negara' dimashorkan sebagai tema Hari kebangsaan kali ke 5 dan pada tahun 1990 negara menyambut Hari kebangsaan kali ke 6 dengan tema 'Perhubungan Berkesan Mengeratkan Perpaduan'.

Pada 1991 - 'Bersatu Padu Mengekalkan Ketahanan Nasional', 1992 - 'Menanai Kedaulatan Tanahairku', 1993 - 'Meneguhkan Kesejahteraan Tanahairku', 1994 - 'Bangsa Cemerlang Tanahair Gemilang', 1995 - 'Brunei Darussalam Tanahairku', 1996 - 'Pembangunan Masyarakat Matlamat Negara', 1997 - 'Kemajuan Ekonomi Teras Kesejahteraan', 1998 - 'Membina Insan Yang Sempurna Dengan Pendidikan Bersepadu',  1999 - 'Siap Siaga Ke Alaf Baru', 2000 - 'Mengukuhkan Jati DIri Bangsa Di Alaf Baru',  2001 - 'Maju Bangsaku Sejahtera Negaraku', 2002 - 'Memperkasa Keupayaan Bangsa',  2003 - 'Bangsa Berilmu Negara Maju', 2004 - 'Patriotisme Teras Keteguhan Negara',  2005 - 'Bersepadu Memperkasa Mandiri bangsa', 2006 - 'Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa', 2007 - 'Iltizam Memperkasa Keupayaan Bangsa'.

Begitulah setiap tahun kita menyambut Hari Kebangsaan ada sahaja tema baru diperkenalkan bagi tujuan mengamit dan membangunkan jiwa dan semangat bangsa agar sentiasa siap siaga bersama negara membangun bangsa.

Tahun ini tema Hari Kebangsaan yang dipilih ialah 'Tunas Bangsa'.

Sekali pandang tema tersebut jelas memfokuskan perhatian kepada generasi baru selaku tunas bangsa yang diharap akan tumbuh subur, di bumi Brunei yang merdeka dan berdaulat ini, hingga menjadi satu bangsa yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya tekenal diseluruh dunia.

Dua kali pandang ia mestilah dilihat dalam aspek yang lebih luas.

Tunas dalam aspek yang lebih luas ini dapat diertikan sebagai benih baru dalam konteks pembaharuan dalam rencana pembangunan negara dan bangsa yang sekarang dilandaskan atas program Wawasan Brunei 2035 iaitu satu perencenaan kemajuan negara jangka panjang.

MENGIMBAS PEMBANGUNAN NEGARA SEPANJANG 24 TAHUN LALU

Setelah 24 tahun merdeka dan dengan peruntukkan berbillion-billion ringgit dibelanjakan untuk membangun negara dan bangsa, pencapaian yang dihasratkan belum sepenuhnya kesampaian. Tema-tema Hari Kebangsaan banyak yang tinggal tema dan slogan sahaja untuk membasahi bibir.

Dalam empat Rancangan Kemajuan Negara (RKN) yang lalu yang telah dilaksanakan dari tahun 1986 hngga tahun 2005 usaha pembangunan telah di tumpukan kepada matlamat-matlamat berikut:

1- Memperbaiki kualiti kehidupan rakyat dan penduduk;

2- Mempergunakan dengan maksimum sumber negara dengan sebaik-baiknya;

3- Mempermajukan perusahaan-perusahaan bukan minyak;

4- Mempercepatkan kemajuan sumber tenaga manusia bagi memenuhi permintaan negara dalam keadaan ekonomi yang semakin canggih:

5- Mempertahankan gunatenaga penuh dan meningkatkan tahap daya pengeluaran;

6- Mempertahanan inflasi pada kadar yang sederhana;

7- Memupuk sebuah masyarakat yang lebih berdisiplin, berdikari dan pemedulian;

8- Mengglakkan dan membimbing Rakyat Melayu menjadi pemimpin dalam bidang industri dan perniagaan; dan

9- Mewujudkan suasana alam sekitar yang bersih dan sihat.

Setelah dua puluh tahun membangun laporan eksekutif Rencana Kemajuan Negara Jangka Panjang mendedahkan pencapaian-pencapaian seperti berikut:

PENCAPAIAN SIGNIFIKAN

1- Pencapaian signifikan dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk Brunei;

2- Pencapaian signifikan dalam usaha mengekalkan inflasi pada kadar yang sederhana;

3- Pencapaian signifikan dalam usaha mewujdkan persekitaran yang bersih dan sihat;

PENCAPAIAN SEDERHANA

4- Pencapaian sederhana dalam pengunaan sumber ekonomi negara;

5- Pencapaian sederhana dalam pembangunan sumber manusia;

6- Pencapaian sederhana dalam mengekalkan gunatenaga penuh dan meningkatkan tahap produktiviti.

GAGAL

7- Pencapaian rendah dalam usaha memajukan industri bukan minyak;

8- Pencapaian rendah dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, berdikari dan penyayang;

9- Pencapain rendah dalam usaha memajukan Rakyat Melayu menjadi pemimpin dalam industri dan perniagaan.

KEMAJUAN EKONOMI SEPANJANG 24 TAHUN LALU

1- Dalam bidang ekonomi, kemajuan yang dicapai belum konsisten.

2- Pertumbuhan ekonomi masih di tahap yang rendah sejak 20 tahun yang lalu

3- Ekonomi negara mulai lemah selepas krisis kewangan di Asia iaitu selepas 1997

4- Krisis Amedeo menghambat ekonomi negara dan kesanya masih dirasai hingga ke hari ini

Kesimpulanya sepanjang 20 tahun lalu hasrat membangun negara dan bangsa seperti yang di rencanakan dalam rancangan-rancangan kemajuan negara tidak terlaksana sepenuhnya.

Walaupun seperti yang dilaporkan pencapaian signifikan telah dibuat dalam 3 bidang iaitu meningkatkan kualiti kehdupan, mengekalkan kadar inflasi pada tahap sederhana dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat namun dalam masa sama natijah dari kegagalan-kegagalan dibidang-bidang lain antara lain telah menyumbang kearah peningkatan tahap kemiskinan di negara ini, meningkatnya jumlah rakyat yang menunggu untuk mendapatkan rumah sendiri melalui skim perumahan negara yang kini mencapai 40,000 pemohon, masalah sosial yang semkain merunciung dikalangan belia-belia dan pengganguran di kalangan belia-belia.

Di bidang perusahaan, kegagalan dalam perlaksanaan kemajuan negara sepanjang 20 tahun lalu juga telah menyumbang kepada peningkatan peniaga-peniaga dari kalangan Rakyat Melayu yang muflis.

Justeru Wawasan Brunei 2035 diharapkan akan menjadi tunas dalam pembaharuan program membangun bangsa.

Dari itu tema Hari Kebangsaan tahun ini yang berbunyi 'Tunas Bangsa' sangat bertepatan jika ianya dlihat dalam konteks Wawasan Brunei 2035.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.