Mengenalpasti punca masalah masyarkat pendalaman

 
 

SERIA 2 FEBRUARI 2008 - PESERTA-PESERTA lawatan kerja ke dua buah rumah panjang di kawasan pendalaman Mukim Labi kelmarin mengadakan sesi perbincangan bagi tujuan untuk meneliti maklumat-maklumat yang telah dikumpulkan hasil kaji selidik yang dijalankan di kedua-dua buah rumah panjang tersebut pada 27 Januari lalu.

Sesi perbincangan diadakan di bilek mesyuarat sementara NDP Belait di Seria dan di pengerusikan oleh Awang Sulaiman Metarasad, Naib Presiden NDP Belait yang juga merangkap Ketua Perhubungan NDP Belait.

Di sesi perbincangan tersebut Awang Sulaiman Metrasad membentangkan hasil dapatan kaji selidik yang dilaksanakan oleh Kumpulan A di Rumah Panjang Teraja manakala Pengiran Mohammad Pg Said dan Pengiran Ismail, selaku wakil Kumpulan B membentangkan laporan kaji selidik yang dilaksanakan di Rumah Panjang Kampung Malayan.

Antara maklumat-maklumat yang

dikumpulkan berkisar mengenai isu taraf kerakyatan sebilangan penduduk-penduduk di kedua-dua buah kampung yang masih bertaraf penduduk tetap walaupun sudah berkelayakkan ditukar taraf kepada kerakyatan penuh Negara Brunei Darussalam.

Hasil kaji selidik juga mengenalpasti terdapatnya kelemahan dalam sistem pengurusan bidang penerokaan tanah untuk aktiviti pertanian di kawasan-kawasan pendalaman.

Ketirisan dalam sistem pengurusan tanah untuk tuuan pertanian didapati sering mencetuskan pertelingkahan antara penduduk kampung dengan peneroka-peneroka yang sering mendakwa mereka adalah pewaris yang berhak keatas kawasan-kawasan tersebut walaupun mereka dipercayai orang pendatang dalam kawasan kampung tersebut.

Juga telah dikenalpasti ialah kelemahan dalam sistem pengurusan kerja-kerja pemuliharaan jalan-jalan raya, perkhidmatan letrik, air dan telefon di kawasan-kawasan pendalaman.

Menurut Naib Presiden Belait hasil dari sesi perbincangan tersebut akan dilaporkan nanti disesi mesyuarat Dewan Harian di markas pusat NDP.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.