LIMBARUH HIJAU 15 FEBRUARI 2008 - PRESIDEN NDP kelmarin menyeru semua pemimpin-pemimpin dan anggota-anggota parti yang lain agar terus berjuang menanai kemerdekaan bangsa dan negara yang dicintai.
"Kemerdekaan yang kita sedang nikmati ini tidak pernah dihidangkan kepada kita diatas dulang emas akan tetapi adalah hasil perjuangan Istana dan rakyat yang terpaksa melalui jalan kearah kemerdekaan bangsa dan negara yang berliku-liku".
Justeru, ujar Ayahnda Yasin Affandy kemerdekaan yang sedang kita nikmati ini wajiblah kita pertahankan dan tanai dengan baiknya. Untuk itu kita perlu bergiat aktif mengisikan kemerdekaan ini dengan semangat nasionalisme dan patriotisme yang kental, tambah Presiden NDP di majlis pelancaran 'Bulan Kemerekaan' yang berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP juga turut berucap di majlis tersebut.
Beliau menekankan pentingnya semua lapisan warga NDP memahami apa erti sebenar kemerdekaan itu dan peranan ahli-ahli NDP mengisikan kemerdekaan yang sedang dinikmati itu dengan sebaiknya.
Majlis tersebut juga menyaksikan Pengerusi Jawatankuasa peganjur, Major (B) HajI Ja'afar menjelaskan program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang 'Bulan Kemerdekaan' ini.
Antara aktiviti-aktiviti dan progtram-program yang telah disusun ialah bertedarus di sepanjang Bulan Kemerdekaan dan juga majlis ilmu serta beberapa aktiviti-aktiviti berkebajikka yang lain.
Majlis kelmarin menyaksikan bermulanya program bertedarus. Hampir 200 orang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP hadir di majlis tersebut.
Sesi bertedarus diikuti dengan persembahan zikir oleh ahli-ahli wanita NDP.
Selesai sahaja majlis berzikir Ayahnda Presiden diberikan kesempatan untuk menyampaikan sumbangan berupa beras, gula dan barang-barang keperluan yang lain kepada Naib-Naib Presiden dari ke empat-empat daerah untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli yang kurang kemampuan.