Menanai kemerdekaan

 
 

LIMBARUH HIJAU 24 FEBRUARI 2008 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin menyeru seluruh anggota parti agar terus bersungguh-sungguh berusaha menanai kemerdekaan negara bukannya sekadar untuk di pekik-pekikan, laung-laungkan atau di tema-temakan setiap menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan sahaja.

"Perjuangan untuk mendapatkan kembali kemerdekaan dan kedaulatan negara 24 tahun yang lalu satu perkara, megisikan kemerdekaan tersebut dan memelihara kedaulatan negara pula satu perkara lain yang tidak kurang penting dan tidak wajar diabaikan", tegas Ayahnda Yasin Affandy.

"Kemerdekaan yang sekarang kita nikmati wajiblah kita isikan dengan kesedaran dan iltizam serta usaha untuk memastikan ianya benar-benar membawa makna kepada negara dan bangsa", tambah Ayahnda Yasin Affandy.

Katanya apakah cukup dengan hanya mendapatkan kemerdekaan tersebut sedangkan selama 24 tahun ini terdapat banyak kekurangan-kekurangan yang perlu pembaikkan. Maka di sinilah peranan kita selaku rakyat dan penduduk negara ini yang berada di pelantar parti politik iaitu untuk terus berjuang memastikan kekurangan-kekurangan tersebut dapat di perbaiki bagi kepentingan generasi masa kini dan akan datang, kata Presiden NDP di majlis ramah mesra bersama ahli-ahli NDP yang menyertai perbarisan Hari Kebangsaan negara kelmarn.

Hampir 500 ahli-ahli NDP termasuk ahli-ahli Majlis Tertinggi, Naib-Naib Presiden, Ketua-Ketua Ranting dan ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) Majlis Perhubungan Daerah NDP ikut serta d perbarisan bagi merayakan hari gemilang negara kali ke 24 itu.

Sudah menjadi amalan NDP sejak 3 tahun lalu setiap selesai acara perbarisan mengumpulkan semua peserta di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong untuk majlis ramah mesra sebagai penghormatan keatas kesediaan mereka menyertai perbarisan walaupun terpaksa bangun awal pagi lagi dan berhujan berpanas berlatih selama seminggu dan berbaris untuk acara gemilang tersebut.

Majlis ramah mesra tersebut juga merupakan peluang bagi pemimpin-pemimpin NDP memotivasi dan menanamkan semangat nasionalisme dan patriotisme kepada ahli-ahli akar umbi.

Sementara itu Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP di majlis tersebut mengambil kesempatan marakamkan setinggi tahniah kepada Jawatankuasa tertinggi Acara Perbarisan terutama sekali Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan atas kejayaan cemerlang menganjurkan acara tersebut yang di sertai oleh lebih 20,000 peserta termasuk anak-anak sekolah dan belia-belia.

Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan atas kesudian Jawatankuasa Tertinggi mengundang NDP untuk ikut serta dan memberikan sokongan kuat untuk memudahkan NDP menurunkan hampir 500 anggota-anggota nya di acara tersebut.

Dalam masa sama beliau jua mengucapkan setinggi tahniah kepada ahli-ahli NDP yang menyertai acara perbarisan tersebut dengan cemerlangnya.

Dalam ucapanya beliau juga menyentuh tema Hari Kebangsaan kali ke 24 ini yang berbunyi 'Tunas Bangsa'

"Tunas dalam konteks tumbuhan adalah pucuk baru tumbuh apabila dahan atau ranting tumbuhan tersebut di gunting. Dalam konteks kita bernegara dan berbangsa ianya juga membawa maksud generasi baru atau belia yang baru membesar selain membawa maksud pembaharuan dalam proses membangun bangsa dan negara".

"Justeru ianya menjadi harapan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar tunas bangsa ini di semai dan di pelihara agar membesar menjadi bangsa yang berjiwa besar dan bersemangat waja untuk terus memelihara, menanai dan mengisikan kemerdekaan yang kita nikmati ini".

"Adalah juga menjadi harapan kita agar tunas bangsa ini akan dapat di semai dan diberikan segala ruang untuk membesar dengan baiknya bukannya apabila sudah subur dan membesar di papat dan di gunting pula untuk mendapatkan tunas baru lagi. Kita berharap tunas bangsa ini janganlah di bonsaikan seperti ang sudah berlaku selama 24 tahuin ini", ujar Awang Haji Aminorahsid.

Juga turut berucap di majlis tersebut ialah Timbalan Presiden NDP sdr Mahmud Moshidi Othman, Awang Haji Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi Tetap NDP, Major (B) Awang Haji Jafar, Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan Oengiran Haji Shahminan Pengiran Haji Ismail, Pengarah Delegasi Perbarisan (NDP).

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.