Memantapkan Tunas Bangsa

 
 

LIMBARUH HIJAU 16 FEBRUARI 2008 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengambil inisiatif menubuhkan 'Pergerakkan Puteri NDP', sebuah pergerakkan dalam parti yang akan mengembeling seluruh tenaga belia dan remaja wanita NDP untuk berada di barisan hadapan dalam perjuangan mempertahankan dan memelihara kedaulatan negara, bangsa dan raja.

Dengan tertubuhnya 'Pergerakkan Puteri NDP' akan juga membukakan peluang dan ruang kepada belia dan remaja wanita yang berminat dalam gerakkan politik untuk menyertai perjuangan NDP untuk mencapai wawasan 'Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu, Islam, Beraja, aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT'.

Penubuhan 'Pergerakkan Puteri NDP' sebagai tunas bangsa yang akan dibajai dengan semanagat nasionalisme dan patriotisme yang mendalam berlangsung di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP.

Penubuhannya ditepatkan dengan pelancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan (pada 14 Februari 2008) sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara kali ke 24 yang mengambil tema 'Tunas Bangsa' .

Seramai 12 orang belia dan remaja NDP telah dilantik menjadi ahli jawtankuasa protem Pergerakkan Puteri NDP.

Dayang Surayatini bin Haji Ismail telah dilantik menjadi Ketua protem Pergerakkan Puteri NDP manakala Dayang Nur Ni'mah Qistina dipilih untuk menjadi Timbalan Ketua protem.

Sementara itu Dayang Hajjah Saemah Kepli, Ketua Himpunan Wanita telah dilantik menjadi Penasihat manakala Dr Hajah Raiyah dilantik menjadi Pengerusi Pergerakkan Puteri NDP.

Penubuhan Pergerakkan Puteri NDP diusahakan oleh Jabatan Setiausaha Agung NDP (JASA).

Awang Haji Amimorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP dalam mempengerusikan perjumpaan pertama bagi penubuhan jawatankuasa protem pergerakkan menjelaskan pembentukkan Pergerakkan Puteri NDP telah mendapat kelulusan dari Dewan Harian dan Majlis Tertinggi NDP.

Katanya antara matlamat Pergerakkan Puteri NDP ialah untuk memastikan setiap wanita remaja

berumur 18 ke 35 tahun mempunyai jati diri yang tinggi bagi kepentingan bangsa, negara dan raja.

Ianya juga merupakan pelengkap kepada Pergerakkan Himpunan Wanita dan Pemuda NDP, tambah Awang haji Aminorashid.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.