Memahami budaya politik AS

 
 

BANDAR SERI BEGAWAN 29 FEBRUARI 2008 - ANTARA Hillary Clinton, Barack Obama dan John McCain, siapakah kiranya akan menang untuk menjadi Presiden Amerika Syraikat mengantikan Presiden George W. Bush yang tidak lama lagi menamatkan perkhidmatannya?

Pilihanraya di AS yang sedang rancak berjalan dijangka akan mencipta sejarah. Jika Hillary Clinton menang rakyat AS akan melihat buat pertama kali negara mereka dipimpin oleh seorang wanita. Jika Obama pula yang menang, mereka akan melihat buat pertama kali AS dipimpin oleh seorang pemimpin keturunan Afrika-Amerika. John McCain pula merupakan calun tertua yang ikut bertanding.

Walaupun demikian rakyat AS yang telah menjadikan demokrasi sebagai amalan dan .
budaya mereka sejak 200 tahun lalu jelas bukan mengundi untuk menempah sejarah tetapi lebih kepada siapakah yang lebih layak dan lebih berkemampuan untuk mengantikan George W. Bush yang telah dilabel oleh media sebagai 'Presiden Perang'

Perlumbaan 2008 menuju ke Rumah Puteh antara 3 calun ini dan isu-isu yang menjadi

fokus pilihanraya AS telah dibincangkan oleh Profesor Burdett Loomis seorang pakar politik AS dari Jabatan Sains Politik di Univerisit Kansas kelmarin melalui Digital Video Conference (DVC).

Professor Burdett Loomis yang berada di bilek mesyuarat Kedutaan Amerika di Singapura membentangkan pandangan dan pendapat beliau melalui DVC secara langsung kepada peserta-peserta di Brunei yang berkumpul di bilek mesyuarat Kedutaan AS di Bandar Seri Begawan.

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, Awang Abdul Rahman Yusup, Pengerusi Tetap NDP, Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agung NDP, Awang Halim Haji Jumat, Pengerusi JK Menjunjung Titah dan Malai Hassan Othman, Pengerusi JK Hubungan Antarabangsa dan keamanan adalah antara yang hadir untuk mengikuti perbincangan tersebut.

Juga hadir disesi perbincangan melalui DVC tersebut ialah Duta Besar AS di Brunei Emil Skodon, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan kementerian Hal Ehwal Luar Negeri serta wakil-wakil dari media dan beberapa orang peuntut UBD.

Disesi tersebut Malai Hassan Othman, selaku wakil NDP mengambil kesempatan mengajukan soalan kepada Professor Burdett Loomis berhubung dasar luar AS apakah ianya akan meyaksikan satu perubahan dibawah pimpinan baru nanti dan jangkaan-jangkaan impak perbuahan dasar luar AS kepada kestabilan politik dunia terutama di rantau Timur Tengah.

Sementara itu diperkembangan lain serombongan 7 orang ahli-ahli wanita NDP telah berlepas ke Semananjung Malaysia untuk memerhati perjalanan pilihanraya ke 12 yang sedang rancak di Malaysia.

Mereka berada disana secara persendirian bukannya mewakili NDP untuk menimba pengetahuan berhubung perjalanan demokrasi melalui pilihanraya di negara tersebut.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.