BANDAR SERI BEGAWAN 10 FEBRUARI 2008 - LAWATAN muhibbah rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ke Jabatan Penerangan kelmarin merupakan satu detik sejarah indah dalam perkembangan politik negara yang sedang melalui perubahan setelah lebih 40 tahun malap akibat kemelut demokrasi antara Istana, British dan Partai Rakyat Brunei (PRB) pada tahun 1960an.
Siri lawatan tersebut bukan sahaja dapat membukakan jalan bagi NDP sebagai sebuah pergerakkan politik terbesar di Brunei menjalin hubungan baik dengan Jabatan Penerangan selaras dengan dasar parti malahan ianya telah dapat membukakan ruang kepada NDP dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk menjalin persefahaman dan semangat kerjasama.
Dalam siri lawatan tersebut, NDP sambil mendengarkan taklimat mengenai struktur organisasi Jabatan Penerangan, fungsi dan peranannya, juga diberikan peluang memberikan taklimat mengenai visi, misi dan objektif parti serta mengenai inisiatif NDP mengunapakai teknologi infokomunikasi sebagai media utama dalam menyebarluas maklumat dan berita parti kepada ahli-ahli dan juga orang ramai selain menggunakan media cetak untuk kegunaan dalaman.
Sehubungan dengan ini NDP sangat-sangat menghargai sambutan baik Jabatan Penerangan keatas lawatan muhibbah yang telah diaturkan oleh Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam NDP itu dengan kerjasama Jabatan Penerangan.
Rombongan NDP yang terdiri dari lebih 15 orang ahli-ahi Majlis Tertinggi dan ahli-ahli Jawatankuasa dalam Biro Penerangan juga berterima kasih atas layanan baik dan mesra Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni serta beberapa pegawai kanan penerangan yang lain yang telah berusaha menjayakan lawatan NDP itu.
Ketibaan rombongan disambut oleh Pemangku Pengarah Penerangan serta pegawai-pegawai kanan penerangan yang lain.
Sesi lawatan dimulakan dengan rombongan NDP dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Penerangan, diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, berdiri hormat apabila lagu kebangsaan dan lagu Bendera dikumandangkan.
|
|
 |
|
 |
Awang Haji Mahrub seterusnya memberikan taklimat mengenai struktur organisasi Jabatan Penerangan, sejarah perkembangan jabatan sejak ianya ditubuhkan lebih 50 tahun yang lalu, fungsi dan peranannya selaku mata, telinga dan lidah kerajaan.
Sesi soal jawab dan perbincangan juga diadakan setelah NDP diberikan peluang memberikan taklimat mengenai dengan visi, misi dan objektif parti serta pendekatan parti menanamkan kefahaman dasar dan hala tuju parti melalui media massa dan internet kepada ahli-ahli dan pemerhati-pemerhati politik dalam dan luar negeri.
Pengiran Mohamad Pengiran Said, Ketua Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam NDP dalam
|
 |
ucapan balas menyentuh mengenai sejarah penubuhan parti dan dasar parti sementara Malai Hassan Othman, Ketua Jabatan Media dalam Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam NDP diberi kesempatan menyampaikan taklimat mengenai dengan visi, misi dan objektif parti.Beliau juga memperkenalkan Aspirasi-NDP, laman web rasmi NDP di sesi taklimat tersebut serta menerangkan usaha NDP mengunakan media cetak melalui akhbar |
bulanannya dalam penyebarluasan maklumat dan berita-berita NDP kepada ahli-ahli yang sekarang berjumah lebih 1,700 orang.
Selesai sahaja sesi taklimat, rombongan dibawa melawat kebeberapa tempat pameran yang mengambarkan perkembangan Jabatan Penerangan sejak 1956.
Sesi lawatan yang bermula dari jam 9 pagi berakhir pada jam 12.30 tengah hari.