Brunei sahkan Piagam Asean

 
 

22 FEBRUARI 2008 - NEGARA BRUNEI DARUSSALAM merupakan antara empat negara awal yang tidak teragak-agak mengsahkan Piagam ASEAN yang akan memberikan ASEAN satu landasan perundangan dan akan mengubah wajahnya daripada satu himpunan longgar negara-negara serantau kepada satu yang terikat dengan peraturan.

Piagam ASEAN menggariskan prinsip-prinsip pegangan Asean selain bagi menubuhkan sebuah badan hak asasi manusia Asean, mengukuhkan Sekretarik Asean di Jakarta serta menetapkan kriteria kemasukan anggota baru dan bagi menyelesaikan pertikaian.

Singapura merupakan negara petama menghantar instrumen pengesahan Piagam ASEAN kepada Setiausaha Agung badan serantau tersebut di ikuti oleh Brunei pada 15 Februari melalui surat pengesahan dan Malaysia serta Laos baru-baru in di Perjumpaan Menteri-Menteri Luar ASEAN yang berlangsung di Singapura.

Enam negara anggota lain yang terdiri dari Filipina, Vietnam, Kambodia, Indonesia, Myanmar dan Thailand belum lagi mengesahkan Piagam ASEAN tersebut.

Menurut laporan terkini Filipina belum bersedia mengesahkan Piagam ASEAN tersebut selagi Burma belum membebaskan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi dari terus dikenaka perintah kurung dalam rumah.

Walaupun demikian di kalangan Menteri-Menteri Luar ASEAN rata-rata berkeyakinan Filipina akan mengesahkan Piagam tersebut dalam jangka waktu yang telah ditetapkan iaitu sebelum bulan Disember tahun ini.

"Sentimen di kalangan menteri-menteri luar menunjukkan keyakinan bahawa pengesahan piagam tersebut mustahak dibuat bukan sahaja bagi kepentingan negara individu malahan secara kolektif bagi kepentingan semua anggota", jelas Geroge Yeo, Menteri Luar Singapura di sesi temu bual bersama wartawan yang membuat liputan Perjumpaan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura.

Beliau seterusnya menyatakan tanpa pengesaan dari semua anggota-anggota ASEAN, piagam tersebut tidak akan dapat di kuatkuasakan.

Menurut laporan, Perjumpaan Menteri-Menteri Luar ASEAN telah bersetuju dengan pelan tindakan terperinci perlaksanaan Piagam ASEAN tersebut.

Racangan pelan tindakan yang dipersetujui termasuk penubuhan jawatankuasa yang akan ditugaskan meneliti pembentukkan sebuah badan Hak Asasi Manusia seperti yang dikehendaki oleh Piagam ASEAN dan juga penubuhan panel pegawai-pegawai kanan yang akan berusaha menyediakan draf berhubung mekanisma penyelesaian sebarang pertelingkahan di kalangan negara-negara anggota.

Menteri-Menteri Luar ASEAN juga bersetuju membentuk sebuah jawatankuasa yang akan dianggotai oleh perwakilan tetap dari negara-negara anggota setelah Piagam ASEA di luluskan oleh semua negara anggota.

Jika Piagam ASEAN disahkan oleh semua negara anggota, setiap negara akan dikehendaki melantik duta-duta masing-masing untuk ditugaskan di Sekretariat ASEAN di Jakarta.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.