LIMBARUH HIJAU 12 FEBRUARI 2008 - PENOLONG Kanan Pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR) kelmarin mengalu-alukan komitmen Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk terus berusaha membantu Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mewujudkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang adil dan saksama, telus, bersih, cekap, amanah, penuh ihsan dan kebajikan.
Komitmen NDP tersebut adalah selaras dengan hasrat BMR untuk terus memelihara integriti jentera Perkhidmatan Awam melalui usaha mencegah dan memerangi gejala rasuah dari menjagkiti dan merebak dalam sistem Perkhidmatan Awam, kata Awang Haji Abdullah bin Haji Abdulrahman sambil merujuk kepada artikel 3 Objektif NDP.
 |
Justeru, tambahnya BMR sangat mengalu-alukan kerjasama dari NDP dalam usaha beterusan BMR memelihara integriti Perkhidmatan Awam dan juga negara melalui usaha mencegah dan memerangi gejala rasuah sebelum ianya berleluasa di negara ini.
Awang Haji Abdullah berkata demikian di sesi taklimat BMR mengenai gejala rasuah dan usaha
|
pencegahan rasuah melalui penguatkuasaan undang-undang serta kempen anti-rasuah yang telah diadakan di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong.
 |
Sesi taklimat BMR dianjurkan oleh Jabatan Setiausaha Agung NDP (JASA) dengan kerjasama BMR.
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP, Awang Haji Abul Rahman Yusuf, Pengeusi Tetap NDP, Naib-Naib Presiden dan beberapa orang ahli-ahli Lembaga Penasihat NDP turut mendengarkan taklimat tersebut yang dihadiri oeh hampir 50 orang anggota-anggota NDP yang lain.
|
 |
Di sesi taklimat tersebut Awang Haji Abdullah yang dibantu oleh Awang Ahmad, Pegawai Penyiasat Kanan BMR menerangkan fungsi BMR dalam usaha membantu Kerajaan mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berintegriti, telus dan bersih.
Beliau juga menjelaskan definasi mengikut Akta Pencegahan Rasuah, kesalahan-kesalahan di bawah Akta
|
 |
Pencegahan Rasuah dan perkara-perkara berkaitan prosedur penyiasatan, penelitian maklumat dan aduan-aduan awam serta strategi pencegahan yang dilaksanakan oleh BMR.
Sesi soal jawab juga diadakan di sesi taklimat tersebut. Beberapa soalan telah dibangkitkan oleh peserta-
|
 |
peserta taklimat anataranya isu pengutipan derma dan sumbangan di musim-musim perayaan, isu pembahagian projek melalui tender yang kurang telus dan isu pilih kasih dalam pemberian kemudahan awam serta pengubalan peraturan berkaitan mercun dan bunga api yang menimbulkan kerungsingan kepada sebilangan besar masyarakat di negara ini.
Di akhir sesi taklimat Malai Hassan Othman, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa dan
|
 |
Keamanan merangkap Ketua Media dalam Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam mengambil kesempatan membacakan artikel bertajuk 'Tutup Pintu Rasuah Rapat-Rapat' tulisan Timbalan Presiden NDP, sdr Mahmud Morshidi Othman yag telah disiarkan dalam laman web rasmi NDP pada bulan Januari lepas sebagai menyahut titah perintah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan untuk kita semua menutup pintu rasuah rapat-rapat.
Artikel tersebut antara lain
|
 |
menakankan pendirian NDP mengenai dengan gejala rasuah dan cadangan-cadangan kearah memastikan gejala rasuah tidak meresap masuk kedalam sistem pemerintahan negara.
Sesi taklimat diakhiri dengan ucapan penghargaan dari Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Setiausaha Agung NDP.
Beliau menyentuh mengenai peranan BMR dan perjuangan mulia BMR
|
membela bangsa dan negara dari kezaliman gejala rasuah dan pelaku-pelakunya.
Sehubungan dengan itu, katanya NDP akan terus memberikan komitmen yang padu membantu usaha Kerajaan KDYMM mewujudkan sistem pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan yang adil dan saksama, telus, bersih, cekap, amanah, penuh ihsan dan kebajikan
.