Ahli-ahli NDP mangsa banjir tidak dilupakan

 
 

TEMBURONG 14 FEBRUARI 2008 - NDP PUSAT akan menghantar seberapa banyak anggota sedaya mungkin untuk membantu rakan-rakan di Temburong yang terjejas oleh bencana banjir membuat kerja-kerja pembaikkan dan pembersihan di rumah-rumah mereka setelah dilanda banjir teruk awal minggu yang lalu.

Isnin baru ini serombongan lebih 10 anggota NDP dari pusat dan juga dari Tutong berlepas ke Temburong untuk menghantar bantuan makanan dan keperluan-keperluan lain kepada 5 orang ahli NDP di Temburong yang turut terjejas oleh banjir kilat yang dikatakan paling teruk pernah dialami oleh penduduk di Temburong.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.