Agenda Pembangunan Kearah Wawasan 2035

 
 

LIMBARUH HIJAU 7 FEBRUARI 2008 - BERPANDUKAN Buku Perencanaan Kemajuan Jangka Panjang Negara yang telah diulah sedimikan rupa (setelah 'mendapatkan pandangan dan fikiran berbagai lapisan rakyat dan penduduk),negara, dalam tempoh 30 tahun mendatang ini, akan melihat perkembangan pesat di berbagai sektor di negara ni.

Perkembangan-perkembangan pesat ini akan dapat dilihat dan dirasai apabila kerja-kerja perlaksanaan projek-projek dan program-program pembangunan dijalankan bagi mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035 untuk membentuk dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang terkenal di seluruh dunia dengan :

1- Rakyatnya yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berjaya

2- Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan

3- Ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan

Lapan strategi yang terdiri dari Strategi Pendidikan, Ekonomi Keselamatan, Pembangunan Institusi, Pembangunan Perniagaan Tempatan, Pembangunan Infrastruktur, Jaminan Sosial dan Alam Sekitar telah di-gariskan bagi memastikan semua aspek pembangunan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

Melalui strategi pendidikan, contohnya agenda pembangunan pendidikan ialah untuk mempertingkatkan usaha dalam tempoh 30 tahun ini bagi mencapai matlamat melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran dan berjaya yang berupaya menghadapi cabaran dunia yang semakin kompetitif dan berteraskan ilmu pengetahuan.

Manakala di sektor ekonomi, berbagai projek dan program akan dilaksanakan bagi tujuan mempastikan kestabilan ekonomi makro terpelihara dimana nanti natijahnya peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan terbuka luas, rakyat pula dapat menikmati kualiti hidup yang tinggi.

Dalam masa sama hasrat untuk menjamin kestabilan politik sebagai elemen terpenting dalam usaha mempastikan negara berkekalan maju, aman dan makmur juga diberikan tumpuan dengan usaha-usaha berterusan melalui strategi pembangunan institusi (Good Governance), strategi keselamatan dan juga strategi jaminan sosial.

Pembangunan infrastruktur dengan keutamaan diberikan kepada bidang pendidikan, kesihatan dan industri pula akan digiatkan sepanjang kurang 30 tahun akan datang ini.

Matlamat akhir yang ingin dicapai ialah memastikan generasi akan datang yang bakal mengambil alih menerajui hal ehwal negara dan bangsa siap dbekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan pada masa itu untuk meneruskan perjuangan menanai survival bangsa, memelihara kedaulatan negara dan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan 10 negara teratas di dunia.

Badan Perencana Kemajuan Jangka Panjang Negara telah mengariskan 2 pendekatan atau landasan menuju kearah malamat Wawasan Brunei 2035 ini iaitu:

1- Rangka Strategi dan Dasar Pembangunan untuk 10 tahun pertama dari 2007 ke 2017 dan

2- Rancangan Kemajuan Negara pertama bagi tahun 2007 - 2012 dibawah Wawasan Brunei 2035.

1- RANGKA STRATEGI DAN DASAR PEMBNGUNAN (OSPD) 2007 -2017

Dibawah OSPD 2007 - 2017 Badan tersebut telah mengariskan sebanyak 50 haluan dasar bagi 8 Strategi yang disebutkan untuk dijadikan garispandu kepada policy makers dan pelaksana agenda pembangunan negara sepanjang 10 tahun akan datang ini.

2- RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA (RKN) 2007 - 2012

RKN 2007 - 2012 merupakan program perlaksanaan pertama dan jangaka pendek Wawasan Brunei 2035.

Menurut Badan Perencana Kemajuan Negara Jangka Panjang, RKN 2007 - 2012 meupakan peralihan baru dalam merancang dan melaksanakan program dan projek kemajuan. Ianya juga merupakan RKN pertama yang diasaskan kepada malamat Wawasan Brunei 2035.

Sejumlah BND 9.5 billon telah diperuntukkan kepada berbagai sektor dalam ekonomi di mana penekanan diberikan kepada pembangunan sumber manusia, perkembangan kegiatan perindustrian dan perdagagan, dan mengukuhkan lagi agenda pembangunan sosial.

Menurut Badan tersebut lagi, Kerajaan juga akan mempertingkatkan usaha mendapatkan sumber pembiayaan yang lain. Penglibatan sektor swasta dalam membiaya program dan projek kemajuan akan digalakkan melalui model perkongsian sektor awam-swasta sambil mempecepatkan program penswastaan dan pengkorporatan.

Dijangkakan sebanyak 826 projek kemajuan akan dilaksanakan sepanjang 5 tahun akan datang ini dengan peruntukkan sejumlah BND 9.5 billion tersebut.

 
 
 
     
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.