Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Berdudun Ke Ranting-Ranting

Peranan NDP dalam mempertahankan keamanan, kesejahteraan bangsa dan negara

MUMONG, BELAIT 16 RABI' AL-AWAL 1432 (19 FEBRUARI 2011) - KEWUJUDAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pergerakkan politik yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam jelas menunjukkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan tidak menghalang rakyat dan penduduk untuk berpartisipasi dalam pembangunan bangsa dan negara melalui pelantar politik yang sah.

"Dalam lain perkataan, baginda Sultan dan Kerajaan jelas mengalu-alukan penglibatan rakyat melalui kegiatan politik dalam menentukan nasib masa depan bangsa dan negara", jelas sdra Malai Hassan Othman, Timbalan Presiden NDP dalam sesi muzakarah 'Berdudun Ke Ranting-Ranting' bersama ahli-ahli Majlis Eksekutif Ranting Belait 1 sempena Bulan Perayaan Hari Kebangsaan Negara ke 27 tahun.

"Dari sudut yang lain, kita juga perlu melihat kesediaaan baginda Sultan dan Kerajaan membukakan peluang dan ruang berpolitik kepada rakyat sebagai satu usaha untuk melahirkan masyarakat sivik dan hasrat untuk membentuk budaya dan amalan politik yang sehat di negara ini".

Maka sehubungan dengan itu, tambahnya, warga NDP perlulah menggunakan peluang dan ruang yang telah disediakan dengan baiknya.

"Dalam hal ini, kita selaku pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP berkewajiban menterjemahkan ideologi politik NDP seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti melalui gerak kerja, aktiviti-aktiviti dan program-program yang bersesuaian".

Akhirnya, tambah sdra Malai Hassan Othman, apa yang kita harapkan ialah kita selaku rakyat berjaya mengambil peluang politik yang yang telah disediakan dan dapat menggunakan nya dengan baik dalam menjayakan cita-cita rakyat dan baginda Sultan untuk mewujudkan suasana politik dan demokrasi yang sehat dan progresif di negara yang kita cintai ini sesuai dengan falsafaha Melayu, Islam Beraja.

Beliau seterusnya mengingatkan bahawa dalam perjalanan yang panjang ini rakyat yang ingin bergiat dalam politik secara aktif terutama warga NDP tidak akan sunyi dari gangguan-gangguan yang senghaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak inginkan perubahan yang boleh mengancam staus quo mereka.

"Dari itu kita perlu yakin dan memiliki semangat yang kuat bahawa apa yang kita lakukan ini bukan satu pilihan tetapi satu keperluan untuk mempertahankan keselamatan, keamanan dan kesejahteraan bangsa dan negara dari anasir-anasir jahat sama ada dari dalam atau dari luar negara. Ini termasuklah ancaman dalaman yang antaranya boleh berlaku dalam bentuk salah guna kuasa, rasuah, ketidakadilan sosial dan ekonomi serta dalam perlaksanaan dasar dan ketirisan dalam sistem delivery kerajaan", tegas beliau lagi.

Sebagai contoh, tambahnya, NDP mendapati ada tanda-tanda wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam sistem delivery program perumahan rakyat dan juga program kemajuan pertanian yang sepatutnya dapat menambahnilai kepada kesejahteraan rakyat apabila program-program tersebut dilaksanakan dengan memakan belanja berjuta-juta ringgit.

Hakikatnya terdapat sekelompok besar pemohon perumahan rasa kecewa begitu juga dengan petani-petani kecil dan sederhana yang mengatakan mereka belum pun dapat merasakan nikmat program pembangunan pertanian yang bernila ratusan juta ringgit itu, katanya lagi.

Sementara itu beliau juga turut menyentuh pergolakkan yang sedang berlaku di Tunisia, Egypt, Bahrain Yemen dan Libya.

"NDP tidak rela perkara sedemikian berlaku di bumi Brunei Darussalam. Untuk itu NDP akan terus berusaha menyumbangkan buah fikiran, pandangan dan teguran melalui saluran-saluran yang disediakan. NDP akan terus mendekati rakyat dan mengangakat harapan rakyat dan masalah-masalah yang mereka hadapi kepada pihak-pihak berwajib agar diberikan perhatian sewajarnya".

Ketua Himpunan Wanita, Dayang Hajah Saemah yang juga turut berucap menekankan pentingnya pemimpin-pemimpin dan warga NDP peka akan perkembangan dan pergolakkan semasa di luar dan dalam negeri.

Beliau menyentuh perkembangan semasa dalam negeri yang perlu diberikan perhatian seperti nasib masa depan peniaga-peniaga tempatan terutama orang Melayu yang akan dipindahkan ke Pasar Baru Kuala Belait.

Katanya dibimbangi mereka ini akan mengalami nasib buruk seperti yang telah berlaku kepada pengusaha-penghusah Melayu di Pasar Baru Seria.

Juga disentuh isu kemiskinan dan isu rakyat yang dibebani hutang.

Menurut penyeledikkan beliau dianggarkan sejumlah 50,000 orang telah mendaftar diri untuk memohon bantuan dibawah asnaf fakir miskin manakala 50,000 lagi telah mendaftar untuk memohon bantuan Baitul Mal untuk melunaskan hutang yang ditanggung.

"Bayangkan satu pertiga rakyat Brunei hidup dalam keadaan yang menyedihkan ini. Ini satu perkara yang membimbangkan yang perlu diberikan perhatian segera...dimana salah silapnya hingga satu pertiga rakyat jautuh miskin dan dibebani dengan hutang", tegas ketua HAWA.

Disinilah peranan NDP membela nasib rakyat iaitu dengan menyumbangkan buah fikiran, pandangan dan teguan kepada pihak berwajib, kata Ketua HAWA.

Juga turut hadir di sesi muzakarah tersebut, sdra Haji Juned Ramli, Setiausaha Agong NDP, sdra Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP merangkap Ketua Perhubungan NDP Belait dan bebrapa ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli Badan Perhubungan Belait.

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.