Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

PERNYATAAN PENGUNDURAN AYAHANDA HAJI MUHAMMAD YASIN BIN ABDUL RAHMAN @YASIN AFFENDI DARI JAWATAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)

BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM

Pada menjalankan tugas   dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh  Majlis Eksekutif  Pusat (Dewan Harian) dan Majlis Tertinggi, Parti Pembangunan Bangsa (NDP); dan sesuai dengan kehendak Perlembagaan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Bab Keenam , Artikel 18 ceraian 4 (a) hingga (h) , maka dengan ini, saya selaku Setiausaha Agung , Parti Pembangunan Bangsa, dengan ini  menzahirkan Pernyataan Pengunduran ayahanda Haji Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @Yasin Affendi dari jawatan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Menghormati  akan hasrat dan cadangan ayahanda  Haji Muhammad Yasin bin Abd Rahman @ Yasin Affendi,  Presiden Parti Pembangunan Bangsa untuk meletakkan jawatan Presiden seperti didalam surat beilau bertarikh 20 Syaaban 1431/ 01 Ogos 2010;

Mengingati akan keputusan mesyuarat Majlis Eksekutif Pusat (Dewan Harian) yang bersidang pada 25 Ramadhan 1431 / 04 September 2010, telah mengambil ketetapan bersetuju atas cadangan ayahanda Haji Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @Yasin Affendi, Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk mengundurkan diri dari jawatan Presiden sebagaimana dalam surat beliau yang bertarikh 20 syaaban 1431 / 01 Ogos 2010 atas alasan kesihatan;

Mengingati  akan keputusan-keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi yang bersidang pada 11 Syawal  1431 / 20 September 2010 dan pada 8 Zulkaedah 1431 /16 Oktober 2010, turut mengambil ketetatapan bersetuju menerima cadangan ayahanda Haji Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @Yasin Affendi, Presiden, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk mengundurkan diri dari jawatan Presiden sebagaimana dalam surat beliau yang bertarikh 20 Syaaban 1431/01 Ogos 2010 atas alasan kesihatan;.

Sehubungan dengan itu,  mesyuarat Majlis Tertinggi pada 08 Zulkaedah 1431 / 16 Oktober 2010 telah membuat  ketetapan bahawa tarikh rasmi pengunduran Ayahanda Muhammad Yasin bin Abd Rahman ialah pada  pada pada 20 Rabiulawal 1432 / 23 Februari 2011 (Rabu); dan serentak dengan tarikh tersebut satu pengumuman rasmi akan dibuat.

Maka dengan ini, berdasarkan ketetapan-ketetapan Dewan Harian Dan Majlis Tertinggi yang disebutkan diatas, adalah dinyatakan bahawa mulai dari tarikh dan saat ini, jawatan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) adalah kosong.

Berikutan dengan itu, pada melaksanakan kehendak Perlembagaan Parti Pembangunan Bangsa (NDP),Bab Keenam Artikel 18 ceraian 2 (c) maka jawatan Presiden akan dipangku oleh Timbalan Presiden sehingga Kongres Agung Tahunan yang akan datang di mana ada pemilihan didalamnya.

Pada menjalankan tugas, saya selaku Setiausaha Agung ingin memaklumkan kepada seluruh ahli Parti Pembangunan Bangsa, bahawa Jabatan Setiausaha Agung akan membuat persiapan-persiapan perlu bagi membolehkan  pemilihan baru  bagi mengisi kekosongan  jawatan Presiden akan dilaksanakan dengan segeranya sebelum Kongres Agung Tahunan Ke-6 sesuai dengan keputusan mesyuarat Majlis  Tertinggi yang bersidang pada 8 Zulkaedah 1431 / 16 Oktober 2010 dan kehendak Perlembagaan Bab Keenam 18 : 2 ( c ).

Sekian.
Wabillahi Taufeq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.

Adalah Saya

Haji Junid Bin Hj Ramli
Setiausaha Agung

Pernyataan ini diperakukan dan ditandatangani oleh Ahli-Ahli Dewan Harian :

Malai Hassan bin Haji Malai Othman                                
Timbalan Presiden

Haji Mohidin bin Pengrah Dato Paduka Haji Othman
Naib Presiden Daerah Brunei Muara

Sulaiman bin Metarshad
Naib Presiden Daerah Belait

Haji Hanafi bin Md. Daud
Naib Presiden Daerah Tutong                                                    

Haji Zaini bin Bakar
Naib Presiden Daerah Temburong

Haji Ismail bin Ibrahim
Bendahari Agung

Haji Abdul Kassim bin Haji Sapar
Penolong Setiausaha Agung

Termaktub
Di Limbaruh Hijau, No.15, Simpang 323, Jalan Jerudong BG3122
Negara Brunei Darussalam

 

ar pembaharuan politik
 
Presiden NDP

DIPANGKU SEMENTARA OLEH TIMBALAN PRESIDEN

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.