Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 

Search Query
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

NDP mengalu-alukan perlantikkan YB Pehin Dato Isa selaku YDP MMN

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Rabi' Al-Awwal 1432 (11 februari 2011) PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim atas perlantikkan sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara berkuat kuasa mulai hari Khamis, 7 Rabiulawal 1432 bersamaan 10 Februari 2011.

Perlantikkan Yang Berhormat bagi menggantikan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yassin telah diperkenaknan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 9 Februari lepas.

NDP mengalu-alukan perlantikkan Yang Berhormat Pehin Dato Laila Utama Awang Haji Isa dan melihat ianya sebagai satu langkah kehadapan dan positif Baginda Sultan dalam usaha berterusan meningkatkan kewibawaan Majlis Mesyuarat Negara yang merupakan pelantar bagi kerajaan dan rakyat bersyura dan bermuafakat secara formal dan teratur untuk menentukan masa depan bangsa dan negara.

NDP juga melihat perkembangan MMN terbaru ini selaras dengan titah Baginda Sultan di majlis perasmian MMN pada 25 September 2004 dalam mana antara lain baginda menekankan hasrat untuk terus meneguhkan lagi sistem yang sedia ada, yang sudah kita warisi sejak turun temurun.

Sehubungan dengan itu NDP berkeyakinan bahawa lebih banyak lagi pembaharuan yang akan dilaksanakan oleh Baginda Sultan.

Dari itu NDP berharap cadangan NDP seperti yang dimaktubkan dalam manifesto Politik NDP 2006-2016 berhubung penstrukturan semula sistem syura dalam pemerintahan Negara akan dapat diberikan perhatian dan pertimbangan.

Seperti yang dicadangkan dalam manifesto tersebut NDP telah bertekad akan akan menyokong dan membantu sebarang usaha Kerajaan Kebawah Duli untuk mempergiat dan menstruktur semula sistem syura dalam pemerintahan Negara yang telah wujud sejak zaman berzaman melalui pembentukan institusi perlimen yang mempunyai dua dewan iaitu, Majlis Mesyuarat Negara dan Majlis Permesyuaratan Diraja.

Majlis Mesyuarat Negara berperanan sebagai “Lower house” sementara Majlis  Permesyuaratan Diraja berperanan sebagai “upper house”.

Di bawah penstrukturan semula ini :

  • Bilangan ahli Majlis Mesyuarat Negara yang sedia ada ditambah dengan majoriti ahli-ahlinya dipilih terus oleh rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui sistem pilihan raya yang bebas dan telus. Calon-calon dari kalangan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bertanding mestilah memenuhi kelayakan akademik yang ditetapkan di samping kriteria-kriteria lain selaras dengan peruntukan undang-undang bagi mewujudkan sebuah sistem syura yang benar-benar efektif dan representative demi kemakmuran dan kemajuan Negara;

  • Majlis Permesyuaratan Diraja  pula hendaklah dianggotai oleh ahli-ahli Majlis Mesyuarat Diraja; Majlis Mesyuarat Adat Istiadat dan Majlis Ugama Islam Brunei. Keahlian Majlis Mesyuarat Diraja, Majlis Mesyuarat Adat Istiadat dan Majlis Mesyuarat Ugama Islam Brunei dipilih seratus peratus oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;
  • Institusi “upper house”  tersebut divisikan berperanan sebagai penapis kepada sebarang cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh Majlis Mesyuarat Negara, untuk memestikan ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW, adat istiadat, resam serta tradisi Melayu Brunei, dan segala hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam;

  • Sistem syura yang disyorkan ini tetap mengekalkan kuasa meluluskan undang-undang kepada Kebawah Duli Yang Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sepenuhnya mengikut syariat dan tradisi Islam dalam peranan Kebawah Duli Yang Maha MUlia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai ulil Amri;
  • Tidak syak lagi (sistem syura ini) akan memperkukuhkan keyakinan semua pihak terhadap sastem pemerintahan Negara dan sekaligus memperluas dan menginstitusikan secara efektif penyertaan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam proses pentadbiran Negara, seperti mana jua yang dinilai dihasratkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Berikut dimuatkan biodata Yang Berhormat.

Nama : Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim.

Lahir : Dilahirkan di Negara Brunei Darussalam pada 9 Mei 1935

Pendidikan : Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kilanas, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan), menyambung persekolahan di Sekolah Roman Catholic, Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) dan meneruskan pengajian di luar negeri, iaitu di Sekolah Stamford Pulau Pinang, Malaysia, di Victoria Afternoon School, Singapore, di Beatty Secondary School Singpura dan di Sevenoaks Kent, England. Lulus 'A' Levels di Brighton Technical College, Sussex, England dan pada bulan Julai 1961 di University of Southampton, England dengan mendapat B.A. Honours Laws. Pada bulan Februari 1962 lulus 'Barrister-at-law', dari Middle Temple. Pada tahun 1995, mendapat ijazah kehormat "Doktor of Laws" dari University Southampton.

Kerjaya : Pada bulan Mac 1962 berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan sebagai Penolong Penasihat Undang-Undang (Assisting Counsel) dan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Undang-Undang. Pada bulan September 1965 dilantik menjadi Penolong Peguam Negara dan dinaikkan pangkat Timbalan Peguam Negara pada bulan Januari 1968. Yang Berhormat memangku jawatan Peguam Negara beberapa kali semasa ketiadaan Peguam Negara. Pada bulan Oktober 1970 dilantik menjadi Timbalan Menteri Besar, dan kemudian dilantik menjadi Penasihat Umum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada bulan Oktober 1971. Seterusnya Yang Berhormat dilantik menjadi Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri pada 21 Oktober 1986 hingga 24 Mei 2005.

Keahlian : Pernah menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet (21 Oktober 1986 hingga 24 Mei 2005), Ahli Majlis Mesyuarat Diraja hingga 24 Mei 2005, dan menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Adat Istiadat dan Pengerusi Lembaga Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RBA).

Pada Oktober 2007 Yang Berhormat dilantik menjadi Ahli Kehormat (Honorary Member) Magdalene College University of Cambridge dan Ahli Bersekutu Kanan (Senior Associate Members) St. Antony's College, University of Oxford.

Gelaran : Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat telah disampiri gelaran menjadi 'Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja' pada 11 Mei 1968.

Selain itu Yang Berhormat juga dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran dan Pingat-Pingat Kehormatan : D.K (Laila Utama) -1972, S.P.M.B -1970, D.S.N.B -1965, Order of the Republik (Egypt)-1984, S.N.B - 1964, G.B.E - 1992, C.V.O - 1972, O.B.E - 1968, P.M.B.S (Sarawak) - 1989, Knight Grand Cross of The Most Exalted Order of The White Elephant - 2002, Grand Officer Legion D'ttonneur - 1996, P.S.M (Malaysia) - 1999, P.H.B.S - 1969, P.B.L.I-, P.J.K, Pingat Pengisytiharan Kemerdekaan, P.K.L - 1987 dan Pingat Jubli Perak.

 

 

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Sdra. Malai Hassan Othman

Setiausaha Agung

Sdra Hj. Juned Ramli






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.