BANDAR SERI BEGAWAN 9 RABI' AL-AWAL 1432 (9 FEBRUARI 2011) - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) semalam mengadakan majlis pembukaan bulan kemerdekaan di rumah Setaiusaha Agung NDP di Kampong Mulaut Daerah Brunei Muara.
Majlis juga diselajurkan dengan majlis berdikir bagi memuliakan dan membesarkan bulan kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang juga jatuh pada bulan ini.
Acara dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan diikuti dengan majlis berdikir.
Sempena bulan kemerdekaan ini NDP melalui Biro Hal Ehwal Ugama telah menganjurkan majlis bertedarus di rumah-rumah ahli NDP pada sepanjang bulan.
Juga telah disusun seperti di tahun-tahun yang lepas, beberapa majlis ilmu dan aktiviti kebajikkan yang akan dilaksanakan sepanjang bulan kemerdekaan ini.
|