Info Harian
Cuaca
Waktu Solat
Berita Kerajaan
Info Niagaan
Direktori Niagaan
Brunei SMEs
Info Brunei
Kenali Brunei
Kerajaan Brunei
Daily Diary
Pelita Brunei
Brunei Tourism
Telefon Kerajaan
Brunei Darussalam and the IMF
The EU's relations with Brunei
CIA on Brunei
WATCH NDP VIDEOS
 
 
EMAIL
UCAPAN PERASMIAN HIMPUNAN TAHUNAN PEMUDA, WANITA DAN NON-MUSLIM OLEH TIMBALAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PANITIA KONGRES PERTAMA PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

LAGU PATRIOTIK NDP - DEMI BRUNEI TERCINTA

ALBUM KONGRES AGONG NDP KE 2

ALBUM NDP JUNJUNG ZIARAH KEHADAPAN MAJLIS KDYMM DI KUALA BELAIT

KEYNOTE ADDRESS OF THE PRESIDENT OF NDP

PRESS STATEMENT IN CONJUNCTION WITH THE VISIT OF GERMAN'S MPS TO NDP
 
Artikel pilihan

Kearah Perpaduan Nasional: Harapan Dan Cabaran

TUNTUTAN PEMBELAJARAN BERTERUSAN

TUNTUTAN ORGANISASI: AMANAH DALAM PENGURUSAN PENTADBIRAN

MENCONTOHI MODEL KEPIMPINAN PARA  NABI

DIRGAHAYU KDYMM PADUKA SERI BAGINDA SULTAN- Berazam kearah BRUNEI tanpa penerima zakat

Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 13 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah memberikan keyakinan dengan adanya usaha menghasilkan produk-produk kampung akan membolehkan negara menikmati banyak manfaat, terutama manfaat percaya kepada diri sendiri dan membuang sikap lemah suka bergantung semata-mata kepada bantuan-bantuan.

Disamping menolong diri sendiri, tegas baginda, perubahan sikap seperti itu juga boleh mempercepatkan lagi usaha kerajaan meninggikan taraf hidup rakyat.

Demikian titah baginda di Majlis Anugerah Kampung Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlangsung di Dewan Persidangan Antarabangsa, Berakas di sini.

Terdahulu dari itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah menjelaskan bahawa pada masa ini baginda turut mengambil maklum mengenai terdapatnya banyak kampung-kampung yang menghasilkan produk-produk di kampung masing-masing, termasuk bidang pertanian dan kraf tangan.

Akan tetapi ianya menurut baginda masih di tahap berskala kecil dan menghadapi 'constraint' tertentu.

Namun baginda percaya ianya adalah merupakan satu langkah murni dalam merealisasikan hasrat kerajaan baginda bagi Projek 'Sebuah Kampung : Satu Produk.'

"Usaha seperti itu, tidak diragukan lagi, boleh membantu menjelmakan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat. Apa yang kita harapkan, produk-produk kampung ini akan meningkat menjadi produk-produk tempatan yang berskala besar, yang mendapat pasaran lebih meluas. Sementara agensi-agensi kerajaan yang berkaitan pula, hendaklah bersedia untuk membantu," titah baginda.

Dalam menikmati kehidupan biasa baginda berharap supaya pihak-pihak yang berwajib tidak melupakan akan adanya kampung-kampung atau kawasan-kawasan yang diancam oleh aktiviti-aktiviti jenayah atau gejala sosial.

"Pihak-pihak berwajib janganlah memandang ringan perkara ini. Hari ini kita mungkin menganggapnya kecil, tetapi jika sudah parah, kita susah membanterasnya," tegas baginda.

Dalam hubungan ini baginda menekankan kepada penduduk kampung-kampung atau kawasan-kawasan berkenaan berserta penghulu, ketua kampung dan Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung serta Jawatankuasa Kejiranan Kampung supaya berganding bahu dengan pihak-pihak berwajib untuk mengambil tanggungjawab ini.

"Kita tidaklah mampu untuk membiarkan sebarang penjenayah atau pelaku gejala sosial menggunakan negara ini sebagai markas atau pangkalan mereka. Kerana kita sangat memahami, bahawa jenayah dan gejala sosial itu cukup mengganggu pembangunan dan keselesaan. Kita tidak mahu pembangunan kita tergugat serta keselesaan terganggu," titah baginda.

MPMK menjadi penggerak, pemikir dan perancang pembangunan masyarakat

Sementara itu dalam titah sama baginda juga bertitah menyentuh perlunya Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) untuk menjadi jentera penggerak, pemikir dan perancang bagi pembangunan masyarakat di kawasan masing-masing.

Baginda bertitah tanpa penglibatan majlis ini yang disertai oleh penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung semua rancangan mungkin saja tidak berkesan, oleh itu titah baginda lagi penglibatan mereka adalah penting.

Menyentuh mengenai AKC, baginda bertitah ianya selaras dengan usaha kerajaan baginda untuk meningkatkan kemajuan dan kesejahteraan rakyat yang lebih sustainable di negara ini.

"Ia boleh berperanan untuk mewujudkan perubahan dinamik kepada kampung-kampung dalam pelbagai segi, seperti kebersihan, keharmonian dan ketenteraman, serta bukan itu saja, malah juga mampu unutk menjadikan landasan kepada pelbagai perubahan sosioekonomi masyarakat setempat," titah baginda.

Seterusnya baginda bertitah, apa yang negara mahu dari rakyat dan penduduk, khasnya mereka yang memiliki tubuh badan yang sihat, ialah rajin berusaha meningkatkan diri dan kemahiran yang boleh menolong mereka mencari rezeki atau menambahkan pendapatan.

"Sifat ini sangatlah disukai oleh ugama, kerana dengannya, akan menjadikan seseorang lebih berdikari dan percaya kepada diri sendiri. Sifat itu juga, nisbah kepada masyarakat, akan mengangkat mereka ketahap masyarakat produktif yang berkualiti," titah baginda. (Di petik dari Pelita Brunei)

 
Presiden NDP


Hj. Muhammad Yasin bin Abdul Rahman @ Yasin Affandy

Timbalan Presiden

Malai Hassan Othman
Setiausaha Agung

Hj. Juned Ramlee






 
 
 
 
 
 
 
 
 
Hakcipta terpelihara © 2006 oleh Aspirasi-NDP.com
Laman web direkabentuk dan dihos oleh Gawi Company.